
Jika anda menerima mesej pesanan ringkas (SMS) berbunyi:
“RM0.00 mySalam:Anda layak mySalam tahun 2023. Tuntutan tahun 2023 kini boleh dikemukakan. Log masuk ke laman web mySalam untuk mengemukakan tuntutan.”
Mesej ini sebenarnya adalah pemberitahuan yang dihantar secara automatik kepada penerima manafaat skim mySalam dan bukannya Scammer. Cuma pastikan anda terus ke lamana sesawang mySalam kerana pesanan ini tidak disekalikan dengan pautan link ke portal mySalam.
Skim mySalam adalah merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang di berikan oleh kerajaan kepada individu yang layak. Antara lain objektif inisiatif ini adalah bagi menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan golongan-golongan miskin apabila mereka menghadapi penyakit-penyakit kritikal. Pemegang skim mySalam layak menerima bayaran tunai sebanyak RM8,000 yang dibayar sekali kepada mereka apabila mereka didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang telah di wartakan. Sementara bayaran tunai sebanyak RM50 sehari akan dibayar bagi tempoh maksima 14 hari sekiranya pemegang skim mySalam di hospitalisasikan (tertakluk kepada klausa pengecualian).
Bagi mereka yang telah didiagnos dan menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal atupun pemegang skim mySalam yang telah dihospitalisasikan bolehlah bertindak sekarang kerana tuntutan untuk menafaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal ini dibuka sehingga 30 Jun 2024 mengikut syarat dan terma kelayakan yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut dan mengetahu perihal skim mySalam atau sebarang pertanyaan bolehlah terus melayari lama sesawang mySalam di Skim mySalam
#PrezCom