
“Senang susah saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa kita dan negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara” -PMX
Kuala Lumpur, 12/4/2023. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad untuk terus lawan rasuah dan tidak akan bertolak ansur demi membersihkan Malaysia dari individu yang merompak kekayaan negara. Terbaru beliau menolak dakwaan tentang penglibatannya didalam kes yang melibatkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang dihadapkan dengan lima (5) pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan ‘Cuti Seberang Laut’ ke London dan United Kingdom sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut dengan jumlah lebih RM1.18 juta antara tahun 2013 dan 2017. Beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara 2009 (Akta 694) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hari ini Datuk Seri Azlan Man didakwa lagi diatas lima (5) lagi pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlan RM1.06juta. Kali ini beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 4(1) Akta yang sama. Sekiranya sabit kesalahan beliau boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil atau mana-mana yang lebih tinggi.
Mengikut pertuduhan, Datuk Seri Azlan Man didakwa menerima sejumlah RM1,059,675.25 yang dimasukkan ke akaun Maybank dan CIMB miliknya daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd serta menerima secara tunai daripada Abdul Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel. Hakim Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi membenarkan Datuk Seri Azlan Man diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 9 Jun 2023 untuk sebutan semula kes.
Nota: Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Azlan Man adalah bekas Menteri Besar Perlis dari tahun 2013 hingga 2002. Beliau gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu pada pemilihan UMNO 2023/26 baru-baru ini.
#PrezCom