Sinopsis Terdahulu: ” Mengikut pertuduhan, Sam Ke Ting, 22 tahun (sewaktu kejadian), didakwa memandu kereta Nissan Almera bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan (8),  dua (2) cerdera parah dan empat (4) cerdera ringan  pada pukul 3.20 pagi, 18 Feb 2017.  Sam Ke Ting didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.”

Hari ini, Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh panel tiga hakim iaitu Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan secara sebulan suara membebaskan, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan (6) remaja yang menunggang basikal pada 18 Februari 2017 yang lalu. Mahkamah menegaskan bahawa tuduhan terhadap Sam Ke Ting mengikut SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan adalah cacat.

Remaja Berbasikal yang Maut:

  1. Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14;
  2. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14;
  3. Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16;
  4. Fauzan Halmijan, 13;
  5. Mohamad Azhar Amir, 16;
  6. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14;
  7. Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14
  8. Haizad Kasrin,16

#PrezCom