
Kuala Lumpur – Kuala Lumpur City FC berjaya memungut tiga mata apabila mengalahkan Perak FC walaupun bermain dengan 10 orang dengan keputusan 1 – 0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi. Gol Kuala Lumpur City FC terhasil apabila Sebastian Avanzini memafaatkan tangkapan kurang kemas oleh penjaga gol Perak FC hasil tendangan percuma Paulo Josue.
Manakala pertemuan Negeri Sembilan FC dan Sabah FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1 – 1 dan Perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan menyaksikan Sri Pahang FC menewaskan Kelantan United dengan keputusan 1 – 0. Jaringan saat akhir perlawanan oleh
Stefano Brundo pada minit ke 93 memberi 3 mata penuh buat Sri Pahang FC malam tadi.
#PrezCom