
Iskandar Puteri – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengungguli carta liga super apabila membenam Kedah Darul Iman FC (KDA FC) dengan jaringan 6 – 0 di Stadium Tengku Ismail, Johor Bahru dengan jaringan dicipta pada minit ke 23 oleh Fernando Forestieri yang tidak dikawal menampan bola untuk menjaringkan gol pertama JDT. Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menambah jaringan pada minit ke-48 oleh Feroz yang melonjak tinggi untuk menanduk bola menewaskan Kalamullah.
Selepas itu JDT terus menambah koleksi gol apabila Muniz meledak gol ketiga tuan rumah selepas menerima bola umpanan Arif Aiman bagi memastikan kedudukan selesa 3-0 dan pada minit ke 52 JDT meraih sepakan penalti selepas Mohd Akmal Md Zahir melakukan kekasaran terhadap Bergson. Bergson yang mengambil sepakan penalti itu dengan mudah menewaskan Kalamullah apabila merembat tepat ke penjuru kiri gawang untuk meletak kedudukan selesa 4 – 0.
Manakala jaringan ke 5 JDT dijaringkan oleh Arif Aiman dan seterus di minit akhir permainan, pemain gantian Leandro Velazquez melengkapkan kemenangan bergaya JDT dengan keputusan 6-0.
Selain itu, perlawanan malam tadi juga menyaksikan Selangor menewaskan Kelantan dengan jaringan 3-0 dan Terengganu menewaskan Kuching dengan jaringan 2 – 0 manakala Penang menewaskan PDRM dengan jaringan 4 – 2
#PrezCom