Baru-baru ini tular dimedia sosial video berdurasi 23 saat yang memaparkan rakaman perbuatan jelik dua individi dialam sebuat kereta di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasig Gudang, Johor. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.00 petang pada 29 Mac 2023. Pihak polis telah bertindak atas makulmat telah menahan dua remaja yang membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun. Mereka kini disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah, hukuman adalah penjara tidak melebihi dua tahun, sementara orang di bawah 18 tahun pula akan dihantar ke sekolah pemulihan.

Terbaru kes ini telah mendapat pembelaan dari Ahli Perlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang memberikan khidmat guaman secara pro-bono kepada dua remaja terbabit. Menurut Jimmy Puah, katanya: “Saya tidak pernah kata kelakuan mereka adalah betul dan polis tidak patut mengambil tindakan. Saya hanya kata hukuman mandatori penjara adalah terlalu berat.”

Di dalam hantaran di Facebook miliknya, Jimmy memberitahu bahawa pihak yang merakam insiden tersebut telah menyamar sebagai anggota polis. Pihak perakam juga cuma meminta Kad Pengenalan daripada remaja terbabit dan juga membuat ugutan. Jimy Puah meminta pihak polis terus menyiasat perkara ini bagi mendapatkan gambaran lengkap tentang kejadian.

Nota: Bagi menjaga dan tidak membuka aim remaja yang ditahan kami warga #PrezCom tidak menyiarkan video berdurasi 23 saat tersebut, harap maklum.

#PrezCom