Ingin menjadi usahawan binaan yang berjaya? Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs atau lebih dikenali sebagai ACE adalah satu program hasil dari inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama dan di kelolakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang bertujuan untuk membangunkan usahawan kontraktor generasi baharu.

Program ACE dikhususkan kepada graduan Bumiputera TVET dan kontraktor belia Bumiputera gred G1 hingga G4 melalui kursus peningkatan kapasiti dan ‘On the Job Training (OTJ)’ yang dibuka kepada dua (2) kategori utama iaitu Kontraktor Gred G1-G4 dan graduan TVET Pembinaan. Peserta yang terpilih perlu menjalani latihan komprehensif berstrutkur selama 2.5 bulan dimana peserta akan diberikan pelbagai bentuk latihan bagi meningkatkan kompentensi mereka sebagai seorang usahawan binaan.

Antara lain program ini mensasarkan lima (5) objektif utama iaitu:

1.Membangunkan golongan usahawan pembinaan atau kontraktor Bumiputera yang berpengetahuan dan kompeten;
2.Menyediakan latihan berstruktur yang melibatkan latihan kompetensi dan pengetahuan tentang pengurusan perniagaan dan projek pembinaan;
3.Melengkapkan peserta dengan latihan dan pensijilan yang berkaitan;
4.Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu ICT dan mempromosikan adaptasi penggunaan ICT dan teknologi dalam pengurusan pembinaan; dan
5.Mempraktikkan amalan terbaik dalam pengurusan projek, kualiti, keselamatan, kesihatan dan persekitaran (SHE).

Selain dari mensasarkan lima objektif utama seperti diatas peserta yang mengikuti program ini akan:
1. Mendapat tajaan latihan berstruktur, Persijilan Kompetensi dan Persijilan Pengurusan Kontraktor
2. Mendapat elaun bulanan (dibayar mengikut kategori dalam tempoh kursus dan OJT sahaja)
3. Peserta yagn berjaya menamatkan program latihan dengan cemerlang akan berpotensi untuk dianugerahkan projek pembinaan mengikut gred pendaftaran oleh Kementerian atau Jabatan yang telah dikenal pasti
4. Bagi kategori graduan TVET Pembinaan, peserta akan dibimbing untuk menubuhkan dan mendaftarkan syarikat pembinaan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini dan untuk mengetahui syarat-syarat dan keperluan dokumen yang diperlukan bolehlah terus melayari laman sesawang program ini di https://aceprogramme.my/

#PrezCom
#CoachMegat