Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat andaian atau menerimapakai perkhabaran yang tular di media sosial tentang tarikh 1 Syawal dengan sebuah tangkapan layar bertajuk “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023”. Di Malaysia pengisytiharan tarikh 1 Syawal akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalu media arus perdana setelah menerima laporan hasil cerapan anak bulan dan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Pihak pengurusan masjid dan surau juga diingatkan supaya sentiasa membuat semakan ketetapan tarikh hijrah yang terdapat pada jam digital di masjid-masjid supaya selari dengan kalender Hijrah yang dikeluarkan oleh JAKIM ataupun yang disahkan oleh Panel Pakar Falak.

Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan. Cerapan Hilal Syawal pula bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Semua pihak adalah dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

#PrezCom