Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Kuala Lumpur, 25/2/2025

Pada penghujung tahun 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempunyai seramai 450,000 orang peminjam sedia ada dan seramai 150,000 peminjam baharu setiap tahun yang melibatkan jumlah lebih RM3 billion ringgit setahun dan melalui rekod juga pada penghujung tahun 2023 peminjam berhutang sebanyak RM10.853 bilion kepada PTPTN, angka ini adalah yang tertinggi dalam dekad lalu, menurut Laporan Ketua Audit Negara.

Pada tahun 2023 juga, peminjam hanya membayar RM3.553 bilion, iaitu kurang daripada satu pertiga daripada jumlah tunggakan dan ini menunjukkan bahawa beberapa pinjaman yang belum dibayar telah tertunggak selama lebih 12 tahun sehingga menyumbang kepada peningkatan tunggakan yang tinggi.

Laporan Ketua Audit Negara mengesyorkan kajian semula dibuat terhadap mekanisme pengumpulan pembayaran pinjaman PTPTN untuk meningkatkan kadar pembayaran pinjaman dan laporan itu juga mencadangkan penilaian semula insentif diskaun dan pengecualian pembayaran yang diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda kelas pertama. Laporan tersebut juga menekankan kepentingan melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang telah diluluskan oleh Kabinet pada Julai 2024 untuk menangani isu tunggakan dengan lebih berkesan.

Jumlah tunggakan meningkat dengan ketara sejak tahun 2018 selepas tindakan penguatkuasaan dihentikan. Sebaliknya, kadar pembayaran tertinggi dicatatkan pada tahun 2017 apabila peminjam membayar RM5.19 bilion daripada RM6.55 bilion, iaitu 79.3% daripada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar. Terdahulu Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, tunggakan bayaran balik pinjaman meningkat dari tahun 2019 hingga 2023. Keadaan ini juga disokong oleh Tindakan drastik seperti penyenaraian senarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Antara lain kaedah penguatkuasaan, seperti yang termaktub dalam Seksyen 23 Akta Lembaga Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, termasuk surat notis tunggakan, surat peringatan, notis peringatan tindakan penguatkuasaan, notis tuntutan, saman mahkamah, penghakiman, dan sekatan perjalanan akan dilaksanakan. Cadangan kaedah untuk mengembalikan langkah penguatkuasaan ini telah diluluskan oleh Kabinet pada Julai 2024.

Komited dalam memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif dan relevan untuk generasi akan datang, PTPTN baru-baru ini melancarkan Kempen Lestari Pendidikan. Kempen ini menggalakkan peminjam untuk datang berbincang supaya dapat menyusun kewangan dengan lebih baik. Menurut pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, katanya; “Kita akan cuba sehabis baik untuk memastikan bahawa pinjaman yang dibuat dapat itu dapat dilangsaikan walaupun kita terpaksa memanjangkan tempoh sehingga mereka berusia lebih 60 tahun..”

Data terbaharu sehingga Disember 2023 menunjukkan jumlah pinjaman pendidikan tertunggak PTPTN berjumlah RM43.68 bilion, manakala pinjaman PTPTN daripada institusi kewangan mencecah RM41.13 bilion.

#Prezcom