Kempen Tiada Beg Plastik

Satu tinjauan di buat di supermarket-supermarket yang berada di sekitar Setapak, Sentul dan Wanga Maju, disamping kemeriahan pembeli yang datang membeli barang-barang jualan ternampak juga kesibukan dikaunter-kaunter apabila ‘cashier’ sibuk membungkus barang-barang jualan. Sepekara yang menarik perhatian dapat dilihat apabila ‘cashier’ menanyakan kepada pelanggan “nak beg plastic?”. Pelanggan yang terpinga-terpinga terpaksa menanggung caj beg plastik berharga RM0.10 sen akhirnya terpaksa menanggung bayaran caj 2-3 beg plastic untuk membawa barang beliannya. Hal seperti ini terus dapat dilihat di beberpa pasar raya, kedai serbaneka dan angkaian farmasi serta kedai-kedai runcit (chain store) dan lebih malang lagi masih ada peniaga-peniaga yang mengenakan bayaran RM0.20 sen.

Jadi sejauh manakah keberkesenan kempen ‘Tanpa Beg Plastik’ sekiranya peniaga-peniaga dilihat sibuk dan rakus membuat keuntungan tambahan dengan menjual beg plastic setiap hari. Adakah rakyat harus terus dibebankan dengan caj tambahan atau dikenakan caj yang lebih tinggi dari 10 sen kepada RM1.00 supaya lebih berkesan?

Terdahulu sebelum ini Yang Berhormat Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar bin Radin pada sesi Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Kedua Bil 57 tahun 2011 pernah membangikitan soal pembeli dikenakan 20 sen untuk mendapatkan beg plastik dan beliau menambah kempen seperti ini tidak memberikan faedah atau menyelamatkan negara tetapi hanya menguntungkan pekedainya. Ternyata kempen ‘Tanpa Beg Plastik’ terbukti gagal dan kempen ‘Tiada Beg Plastik Sekali Guna’ pula hanya dilihat seperti memperbanyakkan bukti kegagalan didalam inisiatif meneleamatkan bumi dan generasi

Malaysia pada hari ini mempunyai 114 tapak pelupusan tidak sanitari dan 22 tapak pelupusan sanitari dan untuk membuka atau menaik taraf pelupusan akan menelan kos belanja yang sangat tinggi. Kempen ‘Tanpa Beg Plastik’ perlu terus diperkemas dengan tidak hanya mengenakan hukuman kepada rakyat menanggung 20 sen atau 10 sen tetapi kepada satu solusi yang lebih bijak dan lebih berkesan

#PrezCom