Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Murid-Murid Tahun 1

Kuala Lumpur, 17/2/2025

Sesi persekolahan bagi sesi akademik 2025/2026 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia bermula pada 16 & 17 Februari 2025. Bagi sekolah Kumpulan A, Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan telahpun bermula semalam, Ahad 16 Februari 2025 manakala bagi sekolah Kumpulan B iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Labuan dan Putrajaya sesi bermula hari ini, Isnin 17 Februari 2025.

Seperti biasa setiap tahun seperti sudah menjadi satu tarikan adalah apabila anak-anak Tahun 1 memulakan persekolahan. Keterujaan ibu bapa melihat anak-anak memulakan persekolahan dan kesiapsiagaan guru-guru bagi menyambut kehadiran murid-murid Tahun 1 adalah satu fenomena yang sering mendapat liputan di media massa.

Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Murid-Murid Tahun 1
Murid-Murid Tahun 1 Sedang Mengikuti Taklimat Guru Besar

Tahun ini Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Jalan 2/23E, Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur telahpun membuat persediaan awal dengan megadakan ‘Hari Orientasi dan Taklimat Transisi Murid Tahun 1, PPKI dan Pra Sekolah’ pada 15 Februari 2025 (Sabtu), 8:30 pagi di Dewan Seri Danau. Rata-rata ibu bapa yang hadir dan sempat ditemuramah menyatakan kelegaan an sungguh berpuas hati dengan persediaan pihak sekolah dan guru-guru bagi menyambut anak-anak mereka.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Danau Kota, En. Roosle bin Yahaya memberitahu tahun ini SK Danau Kota mempunyai seramai 1770 enrolmen murid yang dibahagikan kepada 48 Kelas Perdana, 9 Kelas PPKI dan 2 Pra Sekolah. Manakala SK Danau Kota mempunayi seramai 119 orang kakitangan Akademik, 73 orang guru sesi pagi, 46 guru sesi petang dan 14 orang kakitangan sokongan yang bersedia untuk menyambut pelajar-pelahar baharu dan menyampaikan khidmat bakti.

Tengahari ini pada jam 1.30 tengahari Guru Besar, En. Roosle Yahaya sekali lagi memberikan taklimat dan bertanya kepada murid-murid Tahun 1: “…Bagi Pelajar Perempuan Kalau Pakai Getah Rambut Kena Guna Getah Warna Hitam, Kenapa Getah Rambut Warna Hitam?” Murid-murid Tahun 1 menjawab, “Sebab Rambut Warna Hitam”. Guru Besar; ” Bagus, Baru Tahun 1 Sudah Pandai Ikut Peraturan”.’ Kedengaran tepukan dan diselang-seli gelak ketawa ibu bapa yang turut hadir di sesi pembukaan hari ini.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid walau di mana juga mereka berada dan sejajar dengan usaha itu pada tahun ini sebanyak 17 buah sekolah baharu dijangka akan mula beroperasi. Ia melibatkan sebanyak lapan buah sekolah rendah dan sembilan buah sekolah menengah. Lokasi sekolah baharu yang akan mula beroperasi pada tahun ini adalah di Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Peningkatan jumlah sekolah yang beroperasi dapat meningkatkan akses pendidikan sekaligus membantu menangani isu sekolah padat yang dihadapi terutamanya di kawasan bandar.

Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah mengeluarkan takwim Kalender Akademik Sesi 2025/2026 (Pindaan) dan antra tarikh-tarikh utama adalah:

Kumpulan A:
Sekolah-sekolah di negeri: Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026: 29/5/2025-09/06/2025 ( 12 Hari)
Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026: 12/09/2025-20/09/2025 ( 09 Hari)
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026: 19/12/2025-10/01/2026 (23 Hari)

Cuti Perayaan:
Hari Raya Aidilfitri 31/03/2025 (Isnin)-01/04/2025 (Selasa): 30/03/2025 (Ahad), 02/04/2025 (Rabu) dan 03/04/2025 (Khamis)
Catatan: Tiga (3) hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

Hari Deepavali 20/10/2025 (Isnin); Kecuali Negeri Sarawak: 19/10/2025 (Ahad) dan 21/10/2025 (Selasa)
Catatan: Dua (2) hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

Kumpulan B:
Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026: 29/5/2025-09/06/2025 ( 12 Hari)
Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026: 13/09/2025-21/09/2025 ( 09 Hari)
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026: 20/12/2025-11/01/2026 (23 Hari)

Cuti Perayaan:
Hari Raya Aidilfitri 31/03/2025 (Isnin)-01/04/2025 (Selasa): 02/04/2025 (Rabu), 03/04/2025 (Khamis) dan 04/04/2025 (Jumaat)
Catatan: Tiga (3) hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

Hari Deepavali 20/10/2025 (Isnin); Kecuali Negeri Sarawak: 21/10/2025 (Selasa) dan 22/10/2025 (Rabu)
Catatan: Dua (2) hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

Bagi Negeri Sarawak 20/10/2025: 20/10/2025 (Isnin). Satu (1) hari cuti peruntukan KPM

Catatan Lain:
Tahun Baru Cina: 29 dan 30 Januari 2025 (Dalam cuti akhir persekolahan Sesi 2024/2025)
Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 dan 31 Mei 2025 (Dalam cuti penggal 1, Sesi 2025/2026)
Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 dan 02 Jun 2025 (Dalam cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2025 (Dalam cuti akhir persekolahan Sesi 2025/2026)

#skdksuperb
#PrezCom