Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff dalam ucapannya menekankan kepentingan libat urus berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara MyIPO dan pengamal industri.

Kuala Lumpur, 5 Disember 2025.

Malaysia mencatat perkembangan luar biasa dalam ekosistem harta intelek apabila lebih 400,000 permohonan harta intelek difailkan sejak 2019, menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Dari cap dagangan hingga paten, jumlah keseluruhan 405,555 permohonan menggambarkan peningkatan mendadak kesedaran pencipta, usahawan dan pelabur terhadap kepentingan melindungi inovasi mereka. Tahun 2024 muncul sebagai tahun paling aktif dengan 65,660 permohonan, angka tertinggi setakat ini.

Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif dalam budaya perlindungan inovasi dan kreativiti apabila data terbaharu MyIPO mendedahkan peningkatan ketara dalam jumlah permohonan harta intelek sejak enam tahun lalu. Statistik rasmi yang diumumkan MyIPO di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menggambarkan peningkatan konsisten dalam permohonan meliputi cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geografi.

Dalam tempoh 2019 hingga September 2025, sejumlah 405,555 permohonan harta intelek difailkan. Daripada jumlah keseluruhan itu, 147,435 permohonan datang daripada pemohon tempatan, manakala 258,120 permohonan difailkan oleh pemohon asing, sekali gus menunjukkan Malaysia semakin menjadi destinasi penting untuk pendaftaran harta intelek antarabangsa.

Menurut MyIPO, daripada jumlah keseluruhan itu, 295,361 permohonan berjaya diluluskan, dengan 101,063 pendaftaran membabitkan pemohon tempatan dan 194,298 pendaftaran berkaitan pemohon luar negara.

2024 – TAHUN PALING BANYAK PERMOHONAN DALAM SEJARAH
Tahun 2024 mencatatkan 65,660 permohonan, menjadi rekod tertinggi berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan 61,600 permohonan pada 2023. Lonjakan ini dilihat selari dengan peningkatan aktiviti perniagaan, pertumbuhan ekonomi digital dan kemunculan lebih banyak jenama tempatan yang kini giat melindungi aset intelek mereka.

Untuk tahun semasa (Januari hingga September 2025), sudah 51,564 permohonan direkodkan, hampir menyamai jumlah keseluruhan tahun 2020. Perbandingan prestasi suku tahunan menunjukkan peningkatan sebanyak 9 peratus, daripada 47,283 permohonan pada tempoh sama tahun lalu.

Cap dagangan kekal sebagai penyumbang terbesar dalam keseluruhan kategori permohonan, mencerminkan peningkatan kesedaran usahawan terhadap keperluan melindungi jenama dalam persaingan pasaran yang semakin mencabar.

PERKEMBANGAN POSITIF PENDAFTARAN HAK CIPTA
Selain harta intelek berdaftar, minat terhadap pemberitahuan karya hak cipta turut menunjukkan perkembangan sihat. Sejak 2019 hingga September 2025, sejumlah 55,352 permohonan pemberitahuan hak cipta diterima oleh MyIPO.

Pecahan hak cipta tersebut merangkumi:

MyIPO turut melaporkan peningkatan mendadak dalam kategori muzik, rakaman bunyi dan terbitan sejak 2024, selari dengan perkembangan industri kandungan digital dan platform penstriman.

Data terbaru menunjukkan peningkatan dramatik dalam kategori filem dan terbitan. Pada sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, permohonan kategori filem melonjak kepada 1,443, berbanding hanya 329 sepanjang 2024. Bagi kategori terbitan pula, permohonan meningkat kepada 1,629, berbanding 499 tahun sebelumnya.

IMPLIKASI TERHADAP EKONOMI DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF

Peningkatan jumlah permohonan harta intelek memberi gambaran bahawa Malaysia sedang menuju ke arah ekosistem inovasi yang lebih progresif. Lonjakan ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor, antaranya:

Perkembangan ini turut membantu memperkukuh daya saing industri kreatif tempatan, sekali gus menggalakkan lebih banyak inovasi, penciptaan produk dan penjenamaan yang mampan.

Statistik terbaharu MyIPO menunjukkan bahawa Malaysia kini berada pada landasan kukuh untuk menjadi pusat perlindungan harta intelek serantau. Dengan lebih 400,000 permohonan difailkan sejak 2019 serta peningkatan konsisten dalam hak cipta digital, Malaysia sedang membina ekosistem inovasi yang lebih matang dan berdaya tahan. Peningkatan ini bukan sahaja melindungi pencipta dan usahawan tetapi turut menyumbang kepada kemakmuran ekonomi kreatif negara.

#Prezcom