SERDANG, 4 Disember 2025

Satu laporan industri mendedahkan majoriti usahawan makanan dan minuman (F&B) mikro di Malaysia masih beroperasi secara manual sehingga menjejaskan kapasiti pertumbuhan jangka panjang. Menyedari keperluan mendesak ini, Allstars Synergize menganjurkan program eksklusif “Dari Kitchen ke Kilang” secara percuma pada 16 Disember 2025 di MARDI Central Kitchen, MARDI Serdang, dengan menampilkan pakar pembangunan perniagaan, Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari (Coach Megat), untuk membimbing usahawan menuju tahap ketersediaan bisnes yang lebih mapan dan berdaya saing.

Menurut Coach Megat “dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah usahawan F&B kecil dan home-based meningkat dengan mendadak, namun kebanyakan mereka masih terperangkap dalam operasi berskala dapur rumah. Ramai bekerja seharian tanpa henti, mengendali tempahan yang tidak putus, tetapi tidak menunjukkan pertumbuhan ketara dalam kewangan dan kapasiti bisnes, katanya

Coach Megat juga memberitahu bahawa antara punca utama perniagaan ini sukar berkembang ialah ketiadaan pendedahan terhadap proses pengeluaran skala besar, standard kualiti OEM, kos pengeluaran sebenar, strategi penjenamaan komersial serta model scale-up yang berstruktur. Malah ramai usahawan mengakui mereka takut mengambil langkah ke arah pengeluaran kilang kerana tidak tahu di mana hendak bermula.

Sehubungan dengan itu bagi melerai cabaran-cabaran di atas, Allstars Synergize memperkenalkan program praktikal “Dari Kitchen ke Kilang”, satu inisiatif yang membawa peserta terus ke MARDI Central Kitchen, sebuah fasiliti industri yang menjalankan operasi OEM sebenar. Program ini khusus untuk pemilik perniagaan home-based, pengusaha kafe kecil dan sederhana serta solopreneur F&B yang ingin memahami proses peralihan daripada dapur ke kilang dengan lebih jelas, telus dan profesional.

Program percuma ini menampilkan sesi penerangan, lawatan kilang, pemahaman proses mass production, analisis kos, pemilihan pembekal yang sah, serta latihan memahami strategi pengembangan produk yang berpotensi memasuki pasaran besar.

Menurut penganjur, lebih banyak penyertaan diterima sejak program diumumkan kerana peluang mengikuti program intensif secara percuma jarang ditawarkan, khususnya di fasiliti rasmi seperti MARDI Serdang.

Hari ini negara kita, Malaysia mencatat lebih 200,000 perniagaan mikro F&B yang beroperasi secara kecil-kecilan. Namun majoriti masih berdepan cabaran:

Faktor inilah yang menyebabkan ramai usahawan tidak mampu melangkah ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan.

Dengan adanya pendedahan terus di MARDI Central Kitchen, program ini menawarkan peluang untuk peserta melihat sendiri proses industri, memahami realiti kos, mengurus risiko, serta merangka strategi pembesaran yang lebih selamat dan berdaya maju.

Ekosistem usahawan F&B di Malaysia memerlukan lebih banyak pendedahan bersifat industri, bukan sekadar kelas teori. Program “Dari Kitchen ke Kilang” membuka laluan kepada:

Inisiatif percuma “Dari Kitchen ke Kilang” pada 16 Disember 2025 di MARDI Central Kitchen, MARDI Serdang, dijangka menjadi antara program transformasi terbesar untuk usahawan F&B kecil dan home-based. Program ini akan membolehkan usahawan keluar daripada kitaran kerja manual dan memasuki peringkat bisnes yang lebih bersedia, lebih tersusun dan lebih kompetitif.

Slot penyertaan adalah terhad dan penganjur mengingatkan usahawan supaya mendaftar segera bagi mengelakkan terlepas peluang yang jarang ditawarkan industri.

Daftar Program: https://darikitchenkekilang.fillout.com/registernow

#Prezcom