JKM Bertindak Pantas, Selamatkan ‘Mak Ros’ Dalam Tempoh 24 Jam- Gambar Hiasan Ai

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025

JKM mengambil maklum tularnya laporan mengenai seorang warga emas wanita yang dilaporkan berkeliaran tanpa tempat tinggal di sekitar Restoran Al-Ibrahim Maju, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Menurut laporan dari Bernama, JKM telah menerima laporan tersebut pada 6 Oktober 2025, dan tindakan awal telah diambil pada hari yang sama.

Berdasarkan siasatan awal, individu tersebut berada dalam keadaan uzur dan tidak mampu berjalan sendiri serta pergerakannya hanya boleh dibantu melalui kerusi roda. Sebelum ini, beliau dijaga oleh seorang rakan tetapi telah ditinggalkan sejak minggu lepas.

Untuk memastikan keselamatannya, beliau dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan, dan keadaannya didapati stabil. Namun, pihak klinik tidak dapat mengesahkan status penyakit tibi kerana beliau adalah pesakit rawatan susulan di Institut Perubatan Respiratori (IPR).

Selepas pemeriksaan, individu tersebut ditempatkan selama 24 jam di Rumah Seri Kenangan (RSK) bawah seliaan JKM, ditempatkan secara berasingan daripada penghuni lain sebagai langkah pencegahan kawalan kesihatan.

Pada 7 Oktober, pegawai JKM WPKL telah merujuk beliau ke IPR untuk pengesahan lanjut. Hasilnya menunjukkan bahawa beliau telah sembuh secara klinikal, tetapi masih memerlukan rawatan susulan berkala.

Sebagai langkah perlindungan undang-undang, JKM memohon perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 agar beliau dapat ditempatkan di Rumah Seri Kenangan Seremban selama tempoh satu (1) bulan, sementara proses pencarian waris, pemeriksaan kesihatan lanjutan, penempatan tetap dan intervensi susulan dijalankan.

Sepanjang tempoh tersebut, JKM akan melaksanakan:

JKM menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkenaan kes kebajikan menerusi saluran rasmi berikut:

JKM menegaskan bahawa jabatan ini komited untuk memastikan setiap individu, khususnya golongan rentan dan warga emas yang memerlukan bantuan, diberikan perhatian dan perlindungan sewajarnya. Kami menghargai kerjasama masyarakat dalam melaporkan maklumat sahih agar tindakan dapat diambil secepat mungkin.

#Prezcom