Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang, menegaskan bahawa pelantikan FOM adalah satu strategi untuk memperkukuh komunikasi kementerian

PARLIMEN, 17/08/2025

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengukuhkan lagi pendekatan komunikasi strategik di peringkat akar umbi dengan pelaksanaan inisiatif Friends of Ministry (FOM), yang disokong penuh oleh Kelab Penyokong Kerajaan Madani (Backbenchers Club – BBC).

Langkah ini bertujuan memperkasa Ahli Parlimen penyokong kerajaan sebagai agen kementerian dalam menyampaikan dasar, polisi, dan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) kepada rakyat secara lebih efektif.

Tiga Strategi Utama Pelaksanaan FOM
MOSTI telah merangka tiga pendekatan utama bagi memastikan pelaksanaan FOM berjalan secara berkesan:

Kenyataan Menteri MOSTI
Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang, menegaskan bahawa pelantikan FOM adalah satu strategi untuk memperkukuh komunikasi kementerian di lapangan dan menggalakkan perbincangan dasar yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

“Dengan sokongan padu Ahli-ahli Parlimen ini, agenda sains, teknologi dan inovasi dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Senarai Ahli FOM MOSTI

Antara Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai FOM MOSTI ialah:

Program pelancaran turut dihadiri YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Pengerusi Backbenchers Club Kerajaan Perpaduan, bersama Ahli-Ahli Parlimen dan pengurusan tertinggi MOSTI yang diketuai oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad.

FOM sebagai Pemangkin Kefahaman STI
MOSTI yakin bahawa FOM mampu memperkukuh jaringan komunikasi antara kementerian, wakil rakyat, dan masyarakat, seterusnya meningkatkan kefahaman rakyat mengenai peranan STI dalam pembangunan negara. Pendekatan ini juga selari dengan usaha mempercepatkan adaptasi teknologi, memupuk budaya inovasi, dan menyokong aspirasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi berteraskan ekonomi digital menjelang 2030.

Pelaksanaan inisiatif Friends of Ministry oleh MOSTI membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan dasar dan program STI bukan sahaja dirancang di peringkat kementerian, tetapi juga difahami dan diterima oleh rakyat di lapangan. Dengan kerjasama erat antara kementerian dan Ahli Parlimen, agenda transformasi sains, teknologi, dan inovasi dijangka dapat dilaksanakan secara lebih inklusif dan berkesan.

#Prezcom