ELITE Kembali Gegarkan Pentas Besar. Konsert Ulang Tahun ke-30 Bakal Catat Sejarah ELITE LIVE ‘25

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025. Setelah dua dekad tidak menghiasi pentas secara langsung dalam skala besar, kumpulan wanita ikonik era 90-an, ELITE, akhirnya akan membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan menerusi konsert berskala mega bertajuk ELITE LIVE ‘25 yang akan berlangsung pada 20 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Konsert ini bakal menyatukan semula lima anggota asal iaitu Linda Rafar, Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi dan Azza dalam sebuah persembahan yang diraikan sebagai ulang tahun ke-30 pembabitan ELITE dalam industri hiburan tanah air. Dikenali dengan lagu-lagu ikonik seperti Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, Trauma, dan Sesuatu Di Dalam Dirimu, konsert ini dijangka mengembalikan nostalgia era pop wanita Malaysia.

Icon Entertainment Peneraju Penganjuran ELITE LIVE ‘25
Konsert ini dianjurkan oleh Icon Entertainment, syarikat produksi terkenal yang telah menganjurkan pelbagai acara berskala besar dalam dan luar negara. Pengasasnya, Iman Tang, menyifatkan ELITE LIVE ‘25 sebagai projek yang melalui proses penelitian dan persediaan rapi.

“Ini bukan penganjuran yang dibuat atas dasar trend semasa. Kami melihat semula nilai warisan muzik ELITE yang kekal relevan dan diminati sehingga hari ini,” jelas Iman.
“Konsert ini akan menjadi lipatan sejarah, bukan sahaja untuk ELITE tetapi juga untuk industri muzik Malaysia yang semakin menghargai warisan muzik era 90-an.”

Elite Kembali dengan Debaran dan Semangat
Bagi ELITE sendiri, menerima pelawaan untuk kembali ke pentas besar bukanlah keputusan mudah. Menurut Linda Rafar yang mewakili kumpulan tersebut, mereka berasa teruja dan gementar pada masa yang sama.

“Kami tahu ramai yang masih menyanyikan lagu-lagu kami. Tetapi sudah lama kami tidak berdiri di atas pentas bersama. ELITE LIVE ‘25 adalah peluang untuk kami bukan sekadar menghibur, tetapi meraikan peminat yang masih setia dan juga generasi baharu yang baru mengenali kami.”

Kategori Tiket dan Butiran Pembelian
Peminat boleh mendapatkan tiket konsert bermula Khamis, 26 Jun 2025 jam 2 petang menerusi laman rasmi: www.ticket2u.com.my/elite.

Kategori tiket termasuk:

Tempat duduk adalah terhad dan dijangka terjual dalam masa singkat berdasarkan sambutan awal di media sosial dan forum peminat.

ELITE LIVE ‘25 – Merentas Generasi, Menyatukan Nostalgia
Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi penghargaan kepada legasi ELITE yang pernah menguasai carta muzik Malaysia dan hati peminat. Dengan sokongan padu daripada penganjur berpengalaman dan peminat yang setia, ELITE LIVE ‘25 dijangka menjadi antara acara paling bersejarah dalam kalendar hiburan 2025.

“Jika anda pernah menyanyi lagu Tamparan Wanita di hadapan cermin waktu sekolah, atau meminati ELITE sejak dahulu, inilah masanya untuk hadir dan cipta momen baharu bersama kami,” kata Linda mengakhiri temu bual.

ELITE Kembali Gegarkan Pentas Besar. Konsert Ulang Tahun ke-30 Bakal Catat Sejarah ELITE LIVE ‘25

INFO RINGKAS:

#Prezcom