Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad

Kuala Kurau, Perak, 27 April 2025. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus mengukuhkan komitmen dalam memperkasa belia dan masyarakat Malaysia menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) melalui Program AI 4 Belia dan Masyarakat 2025, yang dilancarkan bersempena Mini Karnival Sains MADANI di Kuala Kurau, Perak. Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman belia mengenai teknologi AI, memperkenalkan penggunaan AI secara beretika dalam kehidupan seharian, dan menekankan keterangkuman digital, khususnya melibatkan penyertaan masyarakat luar bandar.

Menurut YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha strategik MOSTI untuk memupuk minat serta kesedaran terhadap AI dalam kalangan generasi muda yang bakal menjadi penggerak utama inovasi negara.

“Program ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam menyediakan platform pembelajaran yang inklusif, praktikal, dan kolaboratif, melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti tempatan,” ujar beliau. Tambahnya lagi, inisiatif ini seiring dengan elemen Daya Cipta dalam kerangka Malaysia MADANI yang membimbing belia mencipta solusi AI berimpak positif untuk pembangunan komuniti dan negara.

Tiga Komponen Utama Program AI 4 Belia dan Masyarakat 2025:

Dalam majlis yang sama, YB Tuan Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, turut menzahirkan sokongan penuh terhadap inisiatif ini. Beliau menegaskan bahawa usaha memperkasa belia dalam bidang sains dan teknologi adalah selaras dengan Pelan Strategik Negeri Perak 2021–2030, yang bertujuan memperkukuh ekosistem inovasi berasaskan ilmu di seluruh negeri.

Mini Karnival Sains MADANI Kuala Kurau turut meriah dengan pelbagai pameran dan aktiviti interaktif. Antara agensi yang terlibat termasuk:

Program ini juga menawarkan demonstrasi sains, kuiz interaktif, sesi perkongsian ilmu, dan permainan bertemakan sains dan teknologi yang menarik perhatian pelajar dan masyarakat setempat. Dengan inisiatif seperti Program AI 4 Belia dan Masyarakat 2025, Malaysia melangkah ke hadapan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat bersedia menghadapi transformasi digital, menjadikan inovasi sebagai budaya, dan membentuk generasi peneraju masa depan.

#Prezcom