
Kuala Lumpur, 27 April 2025. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan bahawa keputusan PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak telah dimenangi oleh DR. USTAZ YUSRI BAKIR, calon dari BARISAN NASIONAL dengan 11,065 undi dan majoriti sebanyak 5,006 undi. Manakala peratus keluar mengundi adalah sebanyak 58.07%.
Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) ini adalah bukti jelas kebangkitan Barisan Nasional yang dikatakan bermula di DUN Ayer Kuning. Pengerusi BN Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penduduk Ayer Kuning memilih untuk menolah politik fitnah dan perpecahan dan mengutamakan keharmonian demi masa depan yang lebih baik.
Sentimen positif pengundi terhadap calon dan hujah kukuh dalam menangkis fitnah pihak lawan dikatakan antara penyebab kejayaan Barisan Nasional di Ayer Kuning.
#Prezcom