Polis Buru Suspek Ragut Rantai Emas RM11,000 di Setia Alam

Shah Alam, 14 April 2025. Seorang lelaki mengalami kerugian RM11,000 selepas rantai emasnya diragut di hadapan kedai serbaneka di Setia Alam. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim melaporkan kejadian berlaku pada pukul 2.08 petang semalam.

Suspek menunggang motosikal Yamaha 135LC merah dan menipu mangsa dengan mendakwa telah melanggar kereta mangsa. Apabila mangsa turun memeriksa, suspek menarik rantai leher mangsa dari belakang sebelum melarikan diri. Mangsa tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. Sebarang maklumat boleh disampaikan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi (012-3848103) atau IPD Shah Alam (03-55202222).
#Prezcom