SIARAN MEDIA- HARGA RUNCIT RON97 MENINGKAT SEBANYAK 5 SEN SELITER BAGI TEMPOH 3 APRIL 2025 HINGGA 9 APRIL 2025SIARAN MEDIA- HARGA RUNCIT RON97 MENINGKAT SEBANYAK 5 SEN SELITER BAGI TEMPOH 3 APRIL 2025 HINGGA 9 APRIL 2025

Kuala Lumpur, 2 April 2025.

Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan menetapkan Harga runcit petrol RON97 pada RM3.33 seliter.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 3 April 2025 hingga 9 April 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.28 seliter kepada RM3.33 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  3. harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03; dan
  4. harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

SUMBER: Jabatan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negara

#Prezcom