
Kuala Lumpur, 28 Mac 2025.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuatkuasa mulai 21 April 2025 secara berperingkat.
Inisiatif yang melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.KPM akan membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak DUA (2) unit secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.
KPM telah menyediakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid. Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia
#Prezcom