
Gaza, 28 Mac 2025
Pada 27 Mac 2025, serangan udara Israel di Beit Lahia, Gaza, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin, termasuk enam sekeluarga dan seorang jurucakap Hamas. Insiden ini menandakan peningkatan ketegangan dalam konflik Israel-Palestin yang berlarutan sejak Oktober 2023, dengan jumlah kematian di Gaza melebihi 50,000 orang.
Kependudukan Israel terhadap Palestin telah berlanjutan selama beberapa dekad, dan telah mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin. Serangan terbaru ini menambah lagi ketegangan dan menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan di rantau tersebut.
Masyarakat antarabangsa diharapkan dapat memainkan peranan aktif dalam mencari penyelesaian damai bagi konflik ini dan bukannya hanya mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan regim Zionis itu demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di wilayah berkenaan.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2025 menuduh Israel “secara sistematik” memusnahkan kemudahan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif di Gaza serta menggunakan keganasan berasaskan jantina sebagai strategi perang. Tindakan ini dianggap sebagai genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Sejak penubuhan negara Israel pada 1948, wilayah Palestin telah berkurangan secara drastik akibat pendudukan dan penempatan haram oleh Israel. Keadaan ini menyebabkan kehilangan tempat tinggal, sumber ekonomi, dan hak asasi bagi rakyat Palestin, serta meningkatkan ketegangan dan konflik di rantau tersebut.
Organisasi hak asasi manusia seperti Human Rights Watch (HRW) menuduh Israel melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dengan memaksa hampir seluruh penduduk Gaza berpindah sejak Oktober 2023. Tindakan ini termasuk pemusnahan infrastruktur awam dan pengeboman kawasan kediaman, melanggar undang-undang antarabangsa.
Pada 27 Mac 2025, Yaman mula terlibat secara lansung didalam konflik dirantau ini dan ini menambah dimensi baharu dalam ketegangan geopolitik di Timur Tengah, dengan banyak negara menyatakan solidariti terhadap Palestin.
Note: Secara purata lebih 180 kanak-kanak terbunuh dalam sehari di Gaza akibat serangan Israel -UNRWA
#Prezcom