
KUALA LUMPUR, 27 April 2025 – Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia, AirAsia, hari ini mengumumkan pelaksanaan peraturan keselamatan baharu berkaitan penggunaan dan penyimpanan powerbank dalam semua penerbangan mereka, berkuat kuasa serta-merta.
Peraturan ini diperkenalkan selaras dengan keperluan keselamatan antarabangsa dan sebagai langkah proaktif untuk mengurangkan risiko kebakaran dalam penerbangan yang berpunca daripada bateri lithium-ion. Bermula 1 April, hanya powerbank berkapasiti di bawah 100Wh atau 20,000mAh dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin tanpa kelulusan khas.
Namun, bagi bateri yang berada di antara 100Wh hingga 160Wh, penumpang perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak AirAsia di kaunter daftar masuk sebelum menaiki pesawat. Bateri dengan kapasiti melebihi 160Wh adalah dilarang sama sekali.
Untuk membantu penumpang mengira kapasiti dalam unit Wh, AirAsia mengesyorkan formula mudah:
(mAh ÷ 1000) × Voltan (V) = Wh. Contoh: 20,000mAh × 5V = 100Wh (Dibenarkan)
5 Garis Panduan Baharu: Apa Yang Perlu Penumpang Tahu
AirAsia turut memperkenalkan 5 larangan dan garis panduan utama berkaitan penggunaan dan penyimpanan powerbank dalam pesawat:
- Hanya Dibawa dalam Kabin – Powerbank dilarang disimpan dalam bagasi daftar masuk.
- Disimpan di Poket Tempat Duduk atau Bawah Tempat Duduk – Tidak dibenarkan diletakkan di ruang penyimpanan atas kepala (overhead bin).
- Tidak Boleh Digunakan atau Mengecas Peranti Dalam Pesawat – Semua powerbank mesti berada dalam keadaan ‘off’ atau tidak aktif sepanjang penerbangan.
- Tidak Boleh Digunakan Sepanjang Penerbangan – Menurut kenyataan rasmi, mengecas telefon, tablet, atau komputer riba menggunakan powerbank dalam pesawat adalah dilarang sama sekali.
- Pemeriksaan Ketat di Kaunter dan Dalam Pesawat – Peringatan keselamatan akan dipaparkan di kaunter daftar masuk, semasa menaiki pesawat, dan ketika dalam penerbangan.
Kenapa AirAsia Ambil Langkah Ini?
- Menurut AirAsia, langkah ini adalah untuk:
- Mengurangkan risiko kebakaran akibat kerosakan atau pemanasan melampau bateri.
- Meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan penumpang.
- Mematuhi garis panduan antarabangsa berkaitan keselamatan penerbangan.
Powerbank berasaskan lithium-ion terkenal dengan keupayaannya meletup atau terbakar jika mengalami tekanan, suhu tinggi, atau kerosakan. Oleh itu, syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk AirAsia, mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih tegas.
Nasihat Buat Penumpang: Elak Masalah di Lapangan Terbang
Untuk memastikan perjalanan anda lancar:
- Semak kapasiti powerbank anda lebih awal.
- Pastikan ia berada dalam beg kabin, bukan bagasi daftar.
- Jangan gunakannya semasa penerbangan.
- Simpan di lokasi yang dibenarkan – poket hadapan tempat duduk atau di bawah tempat duduk.
AirAsia mengalu-alukan kerjasama semua penumpang dalam mematuhi peraturan ini bagi mengekalkan tahap keselamatan tertinggi sepanjang perjalanan.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.airasia.com/newsroom
Nota: Sumber rasmi kenyataan dan peraturan ini boleh dirujuk menerusi saluran berita rasmi AirAsia dan panduan keselamatan penerbangan semasa.
#Prezcom