
Kuala Lumpur, 25 Mac 2025.
Dalam satu pengumuman ala ‘humor’ dan kreativiti yang menceriakan pengguna media sosial, watak ikonik yang dikenali sebagai Tulang secara rasmi mengumumkan “perletakan jawatannya” dari McDonald’s Malaysia dan kini menyertai Ahmad’s Fried Chicken. Paparan hantaran di Facebook Ahmad Fried Chicken;
Pengumuman itu dibuat oleh McDonald’s Malaysia melalui surat “perletakan jawatan” yang dimuat naik di platform media sosial rasmi mereka, memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan bertahun-tahun terhadap Tulang.
“Setelah sekian lama berkhidmat untuk rakyat Malaysia, tibalah masa untuk saya melangkah keluar dari dapur. Terima kasih kerana mempercayai saya sebagai sebahagian daripada legasi krup krup,” tulis surat itu sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada McDonald’s dalam terus menyebarkan kegembiraan yang rangup dan pedas kepada semua.
Namun, Tulang tidak mengambil masa lama untuk kembali ke dapur. Dalam satu respon yang mencuit hati, rangkaian ayam goreng tempatan Ahmad’s Fried Chicken telah mendedahkan satu permohonan kerja – daripada siapa lagi kalau bukan Tulang sendiri!. Paparan hantaran di Facebook Ahmad Fried Chicken.:
“Setelah sekian lama menabur bakti dalam dunia kepedasan dan kerangupan, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya membawa pengalaman ini ke tempat yang lebih ‘bite’,” tulis Tulang dalam surat permohonannya. “Saya percaya dengan kepercayaan yang diberi, saya mampu menyumbang untuk memastikan setiap gigitan kekal rangup, pedas dan memuaskan.”
Pertukaran penuh humor antara dua jenama ini segera menjadi tular, mencetuskan gelak tawa dan perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Personifikasi Tulang sebagai “pekerja” yang berhijrah antara dua jenama ayam goreng menjadi simbol baharu kreativiti dalam dunia pemasaran.
Kini tinggal satu persoalan yang perlu dijawab oleh rakyat Malaysia: Anda lebih suka ayam goreng dengan atau tanpa tulang?
Jika jawapannya tidak, McDonald’s adaah pilihan anda dan:
Jika jawapannya, Ya; Ahmad Fried Chicken kan ada.
#Prezcom