Shopee Affiliate Bantu Rakyat Jana Pendapatan, Perkukuh Komuniti dan Cetus Inspirasi Ramadan & Raya 2025

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2025 – Shopee Malaysia terus menjadi platform pemangkin rezeki dan inspirasi kepada ribuan pencipta kandungan, terutamanya menerusi program Shopee Affiliate. Kajian terkini bertajuk ‘Perjalanan Ahli Shopee Affiliate: Tinjauan Pertumbuhan Ramadan & Raya’ mendedahkan bahawa 60% ahli affiliate menggunakan pendapatan mereka untuk menyara keluarga, manakala *40% lagi menikmati pengalaman berkongsi tawaran terbaik dan membantu pengikut membuat pilihan bijak menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, berkata ahli affiliate bukan sekadar mempromosi produk, tetapi mencipta hubungan bermakna dengan pengguna.

“Melalui kisah sebenar dan perkongsian jujur, mereka memberi keyakinan kepada pengguna ketika membuat pembelian dalam talian, terutamanya semasa musim perayaan. Program ini bukan sekadar menjana pendapatan, ia juga membentuk komuniti yang menyokong antara satu sama lain,” jelasnya.

Personal Touch Jana Kepercayaan & Jualan

Kajian itu turut menunjukkan bahawa 87% ahli affiliate percaya kandungan yang diperibadikan — sama ada melalui pilihan produk yang telah dicuba, penjual yang dipercayai, atau barangan keperluan perayaan — adalah kunci membina kepercayaan pengguna dan meningkatkan jualan.

Sementara itu, 13% ahli menggunakan Shopee Video atau Shopee Live untuk berkongsi pengalaman ‘unboxing’ dan ulasan produk secara langsung, menjadikan proses membeli-belah lebih menarik dan mesra pengguna.

Kreativiti Kandungan Tarik Pengaruh dan Peluang

Sebanyak 90% ahli affiliate menggunakan Shopee Video untuk memberi inspirasi — berkongsi idea pakaian, hadiah dan gaya dekorasi sempena Ramadan dan Raya. Ulasan jujur dan kreativiti mereka menjadi panduan berguna kepada pembeli.

Malah, 100% ahli affiliate melihat Kempen Raya Bersama Shopee sebagai peluang berkembang. Ia membuka ruang untuk berinteraksi dengan pengguna yang mencari cadangan bernas dan tawaran eksklusif.

Afifah Rosli, penerima anugerah Pencipta Video Terbaik Shopee 2024 berkata, “Saya suka berkongsi idea yang boleh menceriakan Ramadan dan Raya orang lain. Dari baju raya ke kuih raya, saya gembira dapat membantu. Ia buat minat saya jadi lebih bermakna.”

Shopee Perkukuh Komuniti Melalui Acara & Inisiatif

Shopee turut menganjurkan Shopee House: Rumah Terbuka Shopee, yang menghimpunkan lebih 900 ahli affiliate dan 30 jenama untuk sesi penstriman langsung dan aktiviti rangkaian. Disiarkan kepada lebih 800,000 penonton menerusi Shopee Live, ia memperkukuh hubungan antara jenama dan pencipta kandungan.

Beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan, termasuk Misi Video Shopee, kempen ‘Pos & Menang’, Stream-A-Thon Shopee Live, dan penubuhan Kelab Pencipta Kandungan. 75% ahli affiliate teruja menyertai inisiatif ini, manakala selebihnya menyatakan hasrat untuk mencubanya tahun ini.

Sarah Mnasir, salah seorang ahli affiliate, berkongsi pengalaman bermakna: “Saya tak sangka perkongsian saya boleh bantu ramai orang, apatah lagi dapat hasilkan pendapatan. Raya kali ini lebih istimewa kerana saya dapat bantu keluarga tukar dekorasi dan ganti barang lama. Kecil tapi sangat bermakna.”

Shopee Affiliate: Penggerak Masa Depan E-Dagang Komuniti

Ahli Shopee Affiliate membuktikan bahawa dunia e-dagang boleh menjadi lebih mesra, peribadi dan berimpak sosial. Dengan menggabungkan minat, nilai, dan hubungan, mereka bukan sahaja mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan tetapi juga membentuk masa depan ekonomi digital Malaysia yang lebih inklusif dan mampan.

#Prezcom