
Kuala Lumpur, 20 Mac 2025
Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah hari ini berkesempatan menghadiri ke Program Ziarah Sahur Agensi Antidadah Kebangsaan 2025 bertempat di Rumah Perantara AADK Wilayah Persekutuan di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
Program itu adalah inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi AADK untuk menyantuni klien AADK yang sedang mengikut program rawatan dan pemulihan dalam komuniti (RPDK) dan klien yang mengikuti Post Continuum Care Programe.
Objektif penganjuran Program Ziarah Sahur ini adalah untuk menyantuni golongan yang memerlukan seperti mereka yang masih memerlukan sokongan AADK demi kepulihan penagihan dadah, meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan program pemulihan yang disediakan oleh AADK. Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.
Program Ziarah Sahur ini dihadiri seramai 59 klien AADK di sekitar Kuala Lumpur yang menerima perkhidmatan Rumah Perantara AADK Wilayah Persekutuan secara langsung sejak beroperasi pada Februari 2024. Sehingga hari ini, lebih 400 klien AADK telah menerima manfaat Rumah Perantara AADK Wilayah Persekutuan yang diwujudkan hasil kerjasama
dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pelbagai program disediakan di fasiliti itu antaranya program psikospritual, program psikopendidikan, program bimbingan, program kesihatan Bersama Kementerian Kesihatan dan pelbagai majlis ilmu dengan pelbagai pihak termasuk MAIWP
Sumber:
Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), Jabatan Penerangan Malaysia
#Prezcom