
Kuala Lumpur, 20 Mac 2025.
1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport (AFAFIST) yang bermula pada 6 April 2025 kini boleh dikemukakan secara atas talian menerusi pautan https://iportal.ispkp.gov.my/
2. Melalui perjanjian AFAFIST ini, pengendali berlesen yang berkelayakan berpeluang untuk menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara
anggota ASEAN yang bersebelahan.
3. Operasi di bawah perjanjian AFAFIST ini merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN. Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN, seterusnya menjadikan rantau ASEAN lebih kompetitif di peringkat global. Perjanjian ini mencerminkan komitmen negara ASEAN untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.
4. Maklumat lanjut dan salinan Keperluan Tahap Perkhidmatan Kenderaan Barangan (Peredaran Antarabangsa) (Rentas Sempadan ASEAN) boleh dimuat turun menerusi pautan:
i. https://www.apad.gov.my/sumber-maklumat1/garis-panduan/keperluan-tahap-perkhidmatan/499-keperluan-tahap- perkhidmatan-kenderaan-barangan-peredaran-antarabangsa-
rentas-sempadan-asean/file
Garis Panduan Pelesenan (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) dimuat turun menerusi pautan:
5. Bagi membolehkan kenderaan barangan pengendali pengangkutan Malaysia yang berkelayakan untuk memohon permit ASEAN Goods Vehicle Cross Border (AGVCB), pengendali berlesen Malaysia adalah dikecualikan daripada pemakaian had berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023.
Pengecualian ini adalah sehingga 2 Mac 2028 dan tertakluk kepada syarat bahawa sebarang pergerakan rentas sempadan oleh pengendali berlesen tidak boleh melebihi had berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama tersebut.
Peraturan dan pengecualian tersebut boleh dimuat turun menerusi pautan:
i. https://www.apad.gov.my/en/source-of-information/guideline/garis-panduan-kenderaan-barangan/496-peraturan-peraturan-pengangkutan-awam-darat-peredaran-antarabangsa-kenderaan-barangan-rentas-sempadan-asean-2023/file
6. Sehubungan itu, APAD ingin menggalakkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan rentas sempadan bagi kenderaan barangan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik di antara negara ASEAN
Sumber:
Agensi Pengangkutan Awam Darat
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK), Jabatan Penerangan Malaysia
#Prezcom