Penurunan Harga Runcit Diesel di Semenanjung Malaysia Berkuat Kuasa 20 Mac 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2025 – Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 3 sen kepada RM3.03 seliter bagi tempoh 20 Mac hingga 26 Mac 2025, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak global.

Keputusan ini dibuat berdasarkan pemantauan berterusan terhadap perkembangan pasaran minyak serta usaha untuk mengekalkan kestabilan harga bahan api di negara ini. Penetapan harga runcit produk petroleum bagi tempoh tersebut menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), dengan harga berikut:

Petrol RON97: Kekal pada RM3.28 seliter
Petrol RON95: Kekal pada RM2.05 seliter
Diesel (Semenanjung Malaysia): Diturunkan sebanyak 3 sen kepada RM3.03 seliter
Diesel (Sabah, Sarawak & Labuan): Kekal pada RM2.15 seliter

Kerajaan komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat dengan terus menyesuaikan harga bahan api berdasarkan pergerakan pasaran global, sambil mengekalkan dasar yang menyokong kestabilan ekonomi dan kos sara hidup yang berpatutan. Langkah-langkah selanjutnya akan terus diambil bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia (DMedia)

#Prezcom