KUALA LUMPUR, 19 Mac 2025, – Kehadiran Ramadan dan Syawal disambut meriah saban tahun. Namun bagi mereka yang kurang berkemampuan, realitinya sangat berbeza.
Bulan Ramadhan membuka seribu peluang untuk amalan kebajikan, selain daripada menggandakan ibadat solat dan bertadarus Al-Quran, anak-anak muda dari EC Team mengambil peluang ini untuk menyemarakkan amalan bersedekah.
Pada Ramadhan kali ini, anak-anak muda dari EC Team memanfaatkannya dengan mengadakan Majlis Iftar bersama Asnaf di Masjid Muadz Bin Jabal, yang terletak di Persiaran Taman Setiawangsa Kuala Lumpur.

Majlis bermula seawal jam 5:30 petang dengan ucapan daripada Timbalan Pengerusi Masjid Muadz bin Jabal, Dato Azli bin Halim. Secara ringkas, pihak masjid amatlah mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat pada bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Azli juga sangat menganjurkan syarikat-syarikat korporat untuk mengadakan majlis iftar di masjid selain hanya di hotel. Azai berkata “Bila kita buat majlis iftar di masjid kita dapat dua perkara, satu pahala beriktikaf di masjid dan kedua pahala infaq. Jadi bila kita buat majlis dia masjid kita dapat dua dalam satu”.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik Mohd Sabky, General Manager EC Team yang bernaung di bawah Coway Malaysia. Encik Mohd Sabky menyatakan program ini dibuat sebagai tanda kesyukuran dengan berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan warga asnaf di kariah Setiawangsa. Masjid Muadz bin Jabal sangat dekat di hati beliau disebabkan banyak program-program ilmiah dan kemasyarakatan yang telah beliau sertai secara langsung. Antara lain Sabky berkata “Kita sebagai orang islam perlu sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Sebab apa? supaya kita boleh bantu orang lain.”

Sebahagian dari Warga EC Team Bersama Asnaf Khariah Setiawangsa
Seusai sesi ucapan, Dato Azli bin Halim dan Encik Mohd Sabky menyampaikan bakul hadiah dan duit raya kepada 50 asnaf yang hadir. Sebagai kenang-kenangan, sesi bergambar bersama turut diadakan. Sementara menunggu waktu berbuka, sedikit pengisian dan tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Husaini.
#Prezcom