
Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari
Setiap tahun, ribuan startup dilancarkan, tetapi 90% daripadanya gagal dalam tempoh lima tahun pertama. Apakah faktor utama yang membezakan startup yang berjaya dengan yang gagal? Jawapannya adalah MODEL PERNIAGAAN.
Lihat sahaja kejayaan Grab, yang bermula sebagai aplikasi e-hailing kecil di Malaysia dan kini menjadi syarikat teknologi gergasi Asia Tenggara. Berbanding pesaingnya, Grab bukan sekadar menyediakan perkhidmatan pengangkutan—mereka membina model perniagaan yang fleksibel, menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti GrabFood, GrabPay, dan GrabExpress, yang memastikan syarikat mereka terus berkembang walaupun pasaran berubah.
Sebaliknya, lihat kegagalan Quibi, platform penstriman video yang pernah mengumpulkan lebih $1.75 bilion tetapi terpaksa ditutup dalam masa enam bulan sahaja. Puncanya? Mereka tidak memahami dengan jelas siapa pelanggan utama mereka dan bagaimana mereka mahu mendapatkan nilai daripada produk tersebut.
Kenapa Usahawan Perlu Model Perniagaan Yang Jelas?
Dari pengalam saya 20 lebih tahun berkecimpung membantu sahabat-sahabat usahawan, ramai sahabat usahawan tersilap langkah dengan fokus kepada produk sahaja tanpa memikirkan bagaimana produk itu akan dipasarkan, siapa pelanggan sasaran, dan bagaimana syarikat akan menjana pendapatan. Perniagaan bukan hanya tentang idea hebat, tetapi bagaimana idea itu boleh dijadikan realiti yang menguntungkan.
Sebagai usahawan, kita mungkin mempunyai idea hebat, tetapi idea tanpa model perniagaan yang jelas adalah resipi kegagalan. Sama ada kita mengusahakan bisnes dalam talian (online business) , syarikat teknologi, kontraktor binaan mahupun perniagaan servis, antara empat (4) perkara penting yang kita perlu tahu dan faham adalah bagaimana untuk:
1. Menentukan pelanggan utama
2. Membina keunikan dalam pasaran
3. Menjana pendapatan secara berkesan
4. Menyesuaikan diri dengan perubahan industri
Saya akan berkongsi lebih banyak strategi dan panduan dalam posting-posting saya yang akan datang. Jika kita ingin memastikan bisnes yang kita buat bukan sekadar bertahan tetapi boleh berkembang maju, kita perlu faham tentang empat perkara di atas.
InsyAllah saya akan kongsikan panduan-panduan dan tips lain di sesi akan datang.
Sumber: Facebook Coach Megat
Ts. Megat Zainurul Anuar Bin Megat Johari
———–
Disclaimer: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Certified National Competency Standard Trainer dan Professional yang aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.