DBKL Kurang Penguatkusaan- Kenderaan Block Pakir Awam

Kuala Lumpur, 15 Mac 2025.

Kemudahan pakir yang mencukui sudah semestinya menjadi satu keperluan utama terutama bagi pengunjung-pengunjung pasaraya. Hasil Tinjauan wartawan Prezcom di Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur mendapati sebahagian besar pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan di jalan utama dan ada juga diantara mereka yang terpaksa ‘double park’ di tepi jalan kerana kotak pakir yang tidak mencukupi dan lebih buruk lagi apabila peniaga-peniaga khususnya bengkel mekanik kereta dan motor menghalang dan menggunakan tapak pakir sedia ada dengan meletakkan kenderaan peribadi mereka bagi menghalang orang lain menggunakan kotak pakir tersebut.

Kelihatan seorang pengustkuasa DBKL sedang mengambil gambar kenderaan

Terdapat juga kenderaan-kenderaan yang tersadai lapok dan berhabok terlantar dikotak-kotak pakir dipenuhi notis saman yang sudah lapok dimakan hari. Perkara ini jelas menunjukkan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan perkara ini bukan perkara baharu dikawasan ini. Semasa tinjauan dibuat kelihatan juga seorang pekerja DBKL yang sedang melakukan pemantauan dikawasan tersebut dan apabila ditanya tentang hal ini beliau memberitahu supaya membuat laporan rasmi ke DBKL.

Kenderaan Halang Penggunaan Pakir

Seorang pengunjung yang kebetulan berada disekitar Jalan Jernai 1, Taman Danau Kota En. Hamzan Morad berkata’ “Kawasan ini jadi kurang pakir sebab ramai peniaga yang block pakir yang ada dengan kenderaan mereka dan ada juga yang letakkan kotak dan kayu untuk haling kita letak kendaraan disitu”.

Notis Saman Kenderaan Lapok di Pakir Tidak Memberikan Kesan

Rata-rata bukan sahaja pengunjung tetapi ada juga peniaga-peniaga yang berniaga disekitar Kawasan ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah ini dan bukan hanya dengan mengeluarkan notis saman yang sudah terbukti tidak memberikan kesan.

#Prezcom