
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai kelulusannya terhadap pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran kepada warga China adalah tidak benar dan berniat jahat. Beliau menekankan kepentingan masyarakat untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
“Dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Proses pemberian kewarganegaraan di Malaysia tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan, yang kekal tidak berubah sejak sekian lama,” tegas Saifuddin dalam satu kenyataan umum. Kenyataan ini di keluarkannya dia satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.
Dakwaan palsu yang telah berlegar sejak beliau memegang jawatan pada tahun 2022 itu menuduh bahawa Malaysia telah memberikan kewarganegaraan kepada 1.2 juta warga China. Menafikan tuduhan tersebut, Saifuddin menjelaskan bahawa hanya 203 warga China telah diberikan kewarganegaraan sejak tahun 2013, semuanya melalui perkahwinan yang sah dengan warganegara Malaysia.
“Sebenarnya, jumlah sebenar warga China yang diberikan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan hanyalah 103 individu, bukan 1.2 juta seperti yang didakwa. Mereka menerima kewarganegaraan secara sah melalui ikatan perkahwinan dengan rakyat Malaysia,” jelasnya di Parlimen dalam ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.
Saifuddin turut menjelaskan bahawa angka 1.2 juta tersebut berasal daripada perbincangan Parlimen terdahulu ketika Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Angka itu merujuk kepada jumlah warga asing yang berada di Malaysia dengan pelbagai jenis visa dan permit, bukannya jumlah yang menerima kewarganegaraan.
Menyuarakan kebimbangan terhadap impak negatif penyebaran maklumat palsu, Saifuddin memberi amaran bahawa permainan sentimen perkauman, agama, dan institusi diraja (3R) yang berulang kali digunakan oleh pihak tertentu boleh menjejaskan keharmonian negara.
“Sebagai sebuah negara, kita tidak boleh membiarkan dakwaan tidak berasas ini menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat. Penyebaran maklumat palsu adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Saya menggesa orang ramai untuk menyemak fakta sebelum berkongsi sebarang berita yang tidak disahkan,” tegasnya.
Sejak Mac tahun lalu, Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat isu berkaitan 3R. Sehingga kini, sebanyak 182 kertas siasatan telah dibuka, dengan 138 kes telah diselesaikan dan 44 lagi masih dalam siasatan.
Saifuddin sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan ketelusan dalam isu kewarganegaraan, serta meyakinkan rakyat bahawa semua proses yang dilakukan adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan.
#Prezcom