CIDB Pantau dan Periksa Projek Ubah Suai

Kuching, 14 Mac 2025 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sarawak telah melaksanakan Operasi Khas Penguatkuasaan ke atas satu projek ubah suai di sekitar Kuching bagi memastikan pematuhan terhadap Akta 520 dan peraturan pembinaan yang ditetapkan.

Dalam operasi ini, seramai 13 pegawai CIDB Negeri Sarawak bersama 2 wakil dari Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap tapak projek yang sedang dalam proses pengubahsuaian. Hasil pemeriksaan mendapati projek tersebut melibatkan 53 pekerja, terdiri daripada 41 pekerja tempatan dan 12 pekerja asing.

Hasil operasi ini, CIDB Negeri Sarawak telah mengeluarkan empat notis kepada klien dan kontraktor yang terlibat bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan pembinaan. CIDB Negeri Sarawak akan terus menjalankan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan, kualiti, dan kepatuhan dalam industri pembinaan.

#Prezcom