Kuala Lumpur , 14 Mac 2025. Nama Kae Asakura, lebih dikenali sebagai Rae Lil Black, sebelum ini sinonim dengan industri hiburan dewasa terbaru membuat kejutan dunia maya dengan perjalanannya mendekati Islam yang telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat, khususnya di Malaysia.
“I decided to pray because I wanted to get help from something ‘bigger and powerful.’ After I did, I felt so, so light.” “I feel like I have less worry if I keep praying.” – Kae Asakura
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Kae berkongsi video di media sosial memaparkan dirinya mengenakan hijab, menghadiri masjid, berdoa, serta menjalani ibadah puasa Ramadan. Kehadirannya di bazar Ramadan dan keterujaannya menikmati juadah tempatan seperti nasi lemak, nasi kerabu, dan nasi kandar telah menarik perhatian ramai.
Walaupun ramai yang menyambut baik penghijrahannya dengan tangan terbuka, ada juga pihak yang mempersoalkan keikhlasannya, terutamanya apabila video lama daripada kerjayanya dalam industry masih diterbitkan. Kae dengan pantas menjelaskan bahawa beliau tidak lagi terlibat dalam industri tersebut, tetapi kontrak dengan syarikat produksi menyebabkan kandungan lama masih dimuat naik tanpa kawalannya.
Meskipun terdapat kritikan, ramai netizen tampil mempertahankan Kae, menegaskan bahawa setiap individu berhak diberikan peluang kedua dan tidak sepatutnya dihakimi berdasarkan masa lalu mereka. Keputusan Kae untuk memeluk Islam dilihat sebagai langkah positif, dan kisahnya menjadi inspirasi bagi mereka yang ingin berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Dalam perjalanannya mengenali Islam, Kae dilihat semakin mendalami agama dengan mempelajari Al-Quran dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya. Penghijrahannya bukan sahaja mencerminkan perubahan peribadi, tetapi juga menjadi simbol harapan bahawa setiap insan mampu memperbaiki diri tanpa dibayangi masa lalu mereka.
#Prezcom