Kuala Lumpur, 12 Mac 2025 – Pembayar cukai di Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan pelbagai pelepasan cukai yang ditawarkan bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyediakan pelbagai kategori pelepasan cukai yang boleh dimanfaatkan oleh individu, keluarga, dan mereka yang mempunyai tanggungan.

Mengapa Mengisytiharkan Cukai Itu Penting?

Setiap individu yang mempunyai pendapatan tahunan perlu mengisytiharkan cukai pendapatan mereka kepada LHDN bagi memastikan pematuhan kepada sistem percukaian negara. Pengisytiharan ini membolehkan pihak berkuasa menilai jumlah cukai yang perlu dibayar serta memberikan sebarang pemulangan cukai sekiranya layak.

Bagi mereka yang baharu memasuki dunia pekerjaan, adalah penting untuk memahami bahawa pendapatan kurang daripada RM5,000 setahun tidak dikenakan cukai. Namun, pengisytiharan tetap disarankan untuk tujuan rekod dan kelayakan pelepasan cukai pada masa hadapan.

Pelepasan Cukai Pendapatan untuk Tahun Taksiran 2024

Bagi tahun taksiran 2024, beberapa pelepasan cukai yang boleh dituntut oleh pembayar cukai termasuk:

1. Pelepasan Individu dan Tanggungan – RM9,000
2. Pelepasan Suami/Isteri – Sehingga RM4,000
3. Yuran Pengajian Diri – Sehingga RM7,000
4. Pembelian Peralatan Gaya Hidup – Sehingga RM2,500
5. Perbelanjaan Berkaitan Sukan – RM1,000
6. Pembelian Peralatan Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) – Sehingga RM2,500
7. Pelepasan Anak – RM2,000 bagi setiap anak di bawah umur 18 tahun
8. Pelepasan Tambahan Anak yang Berpendidikan Tinggi – Sehingga RM8,000
9. Peralatan Penyusuan – Sehingga RM1,000 (khusus untuk ibu)
10 Yuran Taska dan Tadika – Sehingga RM3,000
11 Perbelanjaan Perubatan Diri, Pasangan, dan Anak – Sehingga RM10,000
12 Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa – Sehingga RM8,000
13 Pembelian Peralatan Sokongan untuk OKU – Sehingga RM6,000
14 Sumbangan kepada Skim Kewangan – Merangkumi caruman PERKESO, KWSP, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), insurans pendidikan dan perubatan.

Tarikh Akhir Pengisytiharan Cukai
Pembayar cukai perlu mengemukakan borang cukai mereka selewat-lewatnya pada 30 April 2025. Pengisytiharan boleh dibuat melalui portal rasmi MyTax LHDN untuk kemudahan dan pemprosesan yang lebih pantas.

Pelaporan Secara Manual

Pelaporan Secara Dalam Talian

(Tarikh pengemukaan secara online adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Semakan boleh dibuat di Program Memfail Borang Nyata di Portal Rasmi HASiL). Untuk senarai penuh pelepasan cukai dan maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi LHDN.

#Prezcom