Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memacu inovasi negara

PUTRAJAYA, 11 Mac 2025

Dalam usaha memperkasakan landskap inovasi dan teknologi negara, kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyalurkan RM1.37 bilion dari 2016 hingga 2024 bagi menyokong syarikat pemula (startup) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pelaburan ini telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM1.76 bilion, dengan kesan pengganda mencecah 4.9 kali ganda bagi setiap ringgit yang dilaburkan.

Sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 4,319 startup telah berdaftar dalam portal MyStartup yang dikendalikan oleh Cradle, menandakan pertumbuhan pesat ekosistem keusahawanan teknologi di Malaysia.

Memacu Inovasi Melalui Pembiayaan Strategik
Agensi pembiaya di bawah MOSTI termasuk Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), Kumpulan Modal Perdana (KMP), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), VentureTECH (VT), NanoMalaysia Berhad (NMB), dan Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (BEC) telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai skim pembiayaan.

Malaysia Sebagai Hab Inovasi Serantau
Dengan jumlah pelaburan yang signifikan ini, Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai pusat inovasi teknologi di rantau ASEAN, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi ekonomi berasaskan sains, teknologi, dan inovasi (STI).

MOSTI komited untuk memastikan ekosistem pembiayaan yang lebih mampan dan inklusif, membolehkan lebih banyak syarikat tempatan berkembang ke peringkat global serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara melalui inovasi dan teknologi maju.

#Prezcom