Warga Pekerja Indonesia di Malaysia

Kuala Lumpur, 7 Mar 2025, 12.00 tengahari – SUDAH berpuluh tahun warga Indonesia dari pelusuk pulau dan daerah di negara tersebut menjadikan Malaysia sebagai lubuk untuk mencari pekerjaan dan membina kekayaan untuk diri sendiri dan genarasi mereka seterusnya. Jika ditanya mengapa mereka suka membawa diri ke Malaysia, sudah tentu jawapannya adalah untuk berkerja mengumpul wang dan dihantar pulang untuk digunakan bagi pelbagai tujuan, termasuk pendidikan, perniagaan kecil-kecilan, dan berbakti untuk pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Paling baik adalah, hasil pendapatan yang dihantar pulang bukan sahaja untuk mengumpul harta malah, turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia secara keseluruhan. Maka itu, sejak dahulu kehadiran mereka tidak pernah disekat oleh kerajaan Indonesia kerana sikap rakyat mereka yang keluar berhijrah ke rantau orang bukan sahaja untuk kebaikan diri sendiri malah untuk kemajuan negara mereka juga.

Media melaporkan, rata-rata pekerja Indonesia di Malaysia menghantar pulang ke kampung halaman anggaran RM15 billion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024. Malaysia merupakan penyumbang terbesar dalam ekonomi Indonesia dengan bilangan pekerja migrannya mengatasi negara-negara lain seperti Arab Saudi, Taiwan, dan Hong Kong.

Secara keseluruhan, pendapatan pekerja migran Indonesia dari Januari hingga September 2024 mencapai USD11.63 bilion (RM51.40 bilion), meningkat 10% berbanding tahun sebelumnya. Kebanyak dari mereka memilih untuk berkerja di dalam bidang pembinaan kerana terdapat majikan di Malaysia yang mahu membayar pekerja dari Indonesia ini dengan lebih tinggi disebabkan kemahiran yang dimiliki. Sektor lain yang dipelopori adalah perladangan dan pembantu rumah.

Majikan di Malaysia kini, hanya akan membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerja yang memiliki kemahiran yang diperlukan di dalam kilang atau binaan dan sedikit didalam perladangan. Ini merupakan sesuatu yang kurang dimiliki oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang lebih mementingkan bidang akedemi di dalam pengajian mereka. Begitu kurang sekali rakyat Malaysia yang mahu berkerja di dalam bidang 3D ( Dirty, Dangerous, Dificult) sepertimana yang di lakukan oleh pekerja Indonesia dan juga rakyat dari negara lain yang datang ke Malaysia.

Disebabkan bidang 3D begitu kurang dipelopori oleh rakyat tempatan, maka kini kerajaan Malaysia mengwujudkan program TVET untuk melatih para belia menceburi pelbagai bidang mengikut keperluan industri terkini yang berteknologi tinggi dan lebih maju termasuk bidang pembinaan yang lebih pantas, selamat dan teratur.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, dengan adanya program TVET ini, dapatlah negara kita mengurangkan kebergantungan pekerja asing di dalam berbagai bidang. kehadiran pekerja asing yang bekerja dalam bidang kemahiran di negara ini secara tidak langsung menyebabkan pengaliran wang berlaku ke luar negara, apabila mereka hantar wang ke kampung halaman.

Satu peringatan dari Tun Mahathir yang menyentuh hati pembaca adalah: ” Kita tidak senang hati dengan jumlah pekerja asing yang datang ke negara kita. Kita mesti sanggup bekerja. Kita tidak mahu lagi jadi bangsa yang hanya boleh buat rumah di atas tiang, bagi elakkan banjir atau binatang,”.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: