Barisan peserta bersama tenaga pengajar ACE, Coach Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari

Kuala Lumpur, 6/3/2025

Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (ACE) iaitu program pembangunan Usahawan Binaan Generasi Baru telah berjaya dilaksanakan di Pusat Satelit ACE Wilayah Tengah, Kuala Lumpur, sebagai satu inisiatif yang menggabungkan latihan berstruktur dan pembangunan keusahawanan bagi melahirkan kontraktor berkualiti dan berdaya saing.

Program ACE ini merupakan hasil kerjasama Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Pelan Belanjawan Negara 2022. Matlamat utama ACE adalah untuk mencorak masa depan industri pembinaan Malaysia dengan melahirkan usahawan kontraktor yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tinggi, tetapi juga daya kepimpinan dan inovasi dalam menerajui sektor pembinaan negara.

Sebagai rakan strategik, CIDBH telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan komprehensif dan bersistematik bagi memastikan peserta mendapat manfaat maksimum daripada program ini.

Antara lain , program ACE ini disusun bagi memberikan impak besar kepada peserta melalui:

  1. Meningkatkan daya saing usahawan binaan dengan ilmu dan kompetensi yang relevan dalam industri pembinaan moden
  2. Penyediaan latihan berstruktur yang meliputi aspek teknikal, pengurusan perniagaan, dan strategi pelaksanaan projek.
  3. Pensijilan dan pengiktirafan yang memberi kelebihan kepada peserta dalam bidang profesional mereka.
  4. Penerapan teknologi dan ICT dalam pengurusan pembinaan untuk meningkatkan kecekapan dan inovasi.
  5. Amalan terbaik dalam pengurusan projek, keselamatan, kesihatan, dan kelestarian persekitaran (SHE) bagi memastikan kualiti dan keberkesanan projek pembinaan.

Dengan pendekatan ini, ACE bukan sekadar melatih kontraktor, tetapi juga melahirkan pemimpin industri yang akan mencorak landskap pembinaan negara.

Peserta ACE sedang melakukan aktiviti


Menelusuri Perjalanan Peserta ACE Wilayah Tengah, Kuala Lumpur

Program ini membuka peluang kepada kontraktor G1-G4 yang telah dipilih untuk mengikuti latihan berstruktur selama 2.5 bulan. Sepanjang tempoh ini, prestasi mereka akan dinilai secara komprehensif. Peserta yang berjaya menamatkan program akan berpeluang menerima lantikan kerja melalui pelbagai mekanisme perolehan seperti undi, lantikan terus, sebutharga, atau tender.

Program ACE di Wilayah Tengah kali ini telah disertai oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan seorang Wanita. Kali ini jumlah penyertaan peserta TVET adalah yang tertinggi dengan 12 orang peserta TVET dan 3 orang peserta kontraktor binaan G1-G4.

Peserta ACE dengan latihan kumpulan

Pendekatan Latihan yang Holistik dan Berimpak Tinggi
Latihan yang berlangsung selama empat (4) hari ini dirangka dengan teliti bagi memastikan kesinambungan pembelajaran. Setiap modul latihan disusun secara progresif, di mana hasil pembelajaran setiap hari akan menjadi asas kepada latihan hari berikutnya. Ini membolehkan peserta memahami hubungan antara setiap aspek dalam selok-belok ilmu keusahawanan bagi industry pembinaan.

Program ACE bukan sekadar satu latihan – ia adalah satu lonjakan transformasi dalam industri pembinaan Malaysia. Dengan komitmen penuh dari kerajaan dan rakan industri, program ini menjadi batu loncatan kepada kontraktor masa depan untuk terus maju dalam ekosistem pembinaan yang lebih dinamik dan berdaya saing!

#Prezcom