
Kuala Lumpur, 5/3/2025
Kecoh dan muncul di For Your Page (FYP) TikTok hari ini menampilkan video berdurasi 43 saat yang menunjukkan seorang pelanggan naik berang sedang memarahi pegawai kaunter Agensi Pengankuan Awam Darat (APAD), video yang sama kemudian muncul dibeberapa paparan Facebook dan dikongsikan juga di WhatsApp.
Hasil siasatan mendapati video insiden tersebut terjadi di pejabat wilayah APAD Kelana Jaya adalah sebuat insiden lama yang berlaku pada 26 Februari 2024 pada pukul 2.30 petang apabila seorang pemuda hadir ke kaunter pejabat APAD untuk menghantar dokumen permohonan namun urusan tersebut tidak dapat dijalankan kerana nombor giliran ditutup pada jam 2 petang. Pelanggan yang tidak berpuashati telah memarahi pegawai kaunter kerana mendakwa telah menunggu selama empat (4) jam untuk berurusan.
Pihak APAD telah menjelaskan punca berlaku kelancaran urusan di kaunter adalah disebabkan penutupan beberapa pejabat APAD di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan menyebabkan pejabat Wilayah APAD Kelana Jaya menerima purata 500 pelanggan sehari. Ini menyebabkan had nombor telah mencapai had maksimum giliran harian. APAD dalam kenyataan medianya juga telah berjanji untuk terus memperbaiki mutu perkhidmatan dan dalam masa yang sama menasihatkan orang ramai untuk datang awal bagi sebarang urusan bagi kelancaran urusan di kaunter.
Sumber: BERNAMA
#Prezcom