Billy Zhang, Presiden Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan Luar Negara OPPO. (Billy Zhang, President of Overseas Marketing, Sales and Services at OPPO)

Barcelona, 45/3/2025

OPPO semalam mengumumkan strategi kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan dan meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam pengalaman AI dengan menyampaikan penyelesaian AI yang komprehensif, selamat dan berkembang secara berterusan di OPPO AI Tech Summit semasa acara Moble World Congress 2025 (MWC25). Kenyataan ini di sampaikan oleh Billy Zhang , Presiden Pemasaran Jualan dan Perkhidmatan Antarabangsa OPPO.

Billy Zhang juga menambah, katanya; “Dalam dunia AI, pengalaman pengguna adalah keutamaan kami, telefon pintar bukan sekadar alat untuk AI, tetapi pemacu utama yang membawa pengalaman AI terbaik kepada pengguna. OPPO komited untuk membangunkan inovasi dalaman dan bekerjasama dengan rakan industri bagi menawarkan pengalaman AI yang luar biasa.”

Kerjasama dengan Google untuk AI yang Lebih Selamat dan Efisien

Matt Waldbusser, Managing Director for Global Solution and Consumer AI, Google Cloud

Sebagai sebahagian daripada peralihan daripada AI peringkat fungsi kepada AI berasaskan sistem, OPPO memperkukuh integrasi teknologi AI Google dalam ekosistem perantinya. Tidak lama lagi, Google Gemini akan dapat beroperasi dalam aplikasi OPPO seperti Notes, Calendar, dan Clock, membolehkan pengguna melaksanakan tugas dengan lebih cekap. Selain itu, OPPO dan Google turut merancang untuk membawa Gemini 2.0 ke peranti OPPO dalam masa terdekat.

Bagi memastikan keselamatan dan privasi pengguna, OPPO memperkenalkan Private Computing Cloud (PCC), dibangunkan dengan Confidential Computing dari Google Cloud. Teknologi ini akan digunakan dalam ciri AI Recording Summary, AI Search, AI Studio, dan AI Call Summary bagi memastikan data pengguna dilindungi dengan lebih baik.

Inovasi Berterusan dalam AI: Fokus pada Produktiviti, Kreativiti dan Imej

Darren Chen, Pegarah Pengurusan Strategik Teknologi Kecerdasan Buatan (Darren Chen, Director of AI Technology Strategic Planning, OPPO)

OPPO menggariskan tiga bidang utama dalam pembangunan AI: AI Produktiviti, AI Kreativiti, dan AI Imej, bertujuan menjadikan teknologi ini sebahagian penting dalam kehidupan seharian pengguna. Syarikat OPPO juga bekerjasama erat dengan MediaTek untuk mengoptimumkan cip pemprosesan AI, bagi memastikan prestasi tinggi dengan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Menurut Will Chen, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Wayarles MediaTek, “Kerjasama OPPO dan MediaTek membuka peluang baharu dalam AI, daripada fotografi AI kepada pengalaman permainan generasi baharu, keselamatan pintar, serta kesalinghubungan peranti yang lebih lancar.”

Will Chen, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Wayarles MediaTek (Will Chen, Deputy General Manager of the Wireless Business Group at MediaTek)

OPPO turut memperkenalkan teknologi AI terkini seperti LoRA (Low-Rank Adaptation), Parallel Decoding Solution, dan MoE (Mixture of Experts) yang mampu meningkatkan prestasi AI pada peranti OPPO. Di samping itu, OPPO telah membina sistem perlindungan data yang komprehensif merangkumi peranti dan teknologi awan untuk menjamin keselamatan pengguna.

OPPO akan menyediakan kemaskini AI secara bulanan (OPPO will offer monthly updates on average in AI features and experience)

Komitmen OPPO untuk Pengembangan AI yang Pantas
Bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat, OPPO akan menyediakan kemas kini AI secara bulanan dengan pelbagai ciri inovatif. Syarikat ini menyasarkan untuk membawa ciri AI generatif kepada 100 juta pengguna menjelang akhir 2025, sekali gus menggandakan sasaran 50 juta pengguna yang ditetapkan pada tahun sebelumnya.

Ciri baharu seperti AI Search dan integrasi aplikasi OPPO dengan Google Gemini akan hadir ke peranti OPPO Find N5 tidak lama lagi. Sementara itu, AI Call Translator, yang membolehkan penterjemahan perbualan secara langsung dalam pelbagai bahasa, serta AI VoiceScribe, yang menawarkan ringkasan suara untuk panggilan, pembelajaran dalam talian dan mesyuarat, akan diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.

Bintang Bola Sepak Sepanyol, David Villa, Mengalami Kehebatan AI OPPO (UCL Legendary football player David Villa joining OPPO AI Tech Summit)

Legenda bola sepak Sepanyol, David Villa, turut hadir dalam acara tersebut untuk merasai sendiri teknologi AI OPPO. Beliau berkongsi keterujaannya untuk meneroka bagaimana inovasi AI OPPO dapat membantu dalam kehidupan seharian dan karier profesionalnya.

OPPO Pamer Teknologi AI Terkini di MWC25 (OPPO AI Phones and AI Features showcased across MWC2025)

Selain OPPO AI Tech Summit, OPPO turut mempamerkan teknologi AI dan telefon pintar terbaharunya, termasuk siri Find N5, Reno13, dan Find X8, dengan sokongan rakan industri utama seperti Google, MediaTek dan Qualcomm di MWC25.

Dengan penyelidikan teknikal yang mendalam dan kerjasama strategik bersama rakan industri terkemuka, OPPO terus komited untuk menjadi peneraju dalam inovasi AI mudah alih. Langkah ini mengukuhkan lagi kedudukan OPPO sebagai jenama yang membawa pengalaman AI ke tahap seterusnya.

#Prezcom