
Kuala Lumpur, 4/3/2025
CIMB Bank telah mengumumkan bahawa Aplikasi CIMB Clicks akan dihentikan seiring dengan peralihan kepada Aplikasi CIMB OCTO yang baru. Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 12 April 2025. Justeru itu pengguna-pengguna yang telah memasang aplikasi CIMB Clicks tidak akan dapat mengakses perkhidmatan tersebut selepas tarikh tersebut.
Untuk memastikan peralihan yang lancar dan akses berterusan kepada perkhidmatan perbankan mudah alih, CIMB Bank menggalakkan semua pelanggan untuk beralih ke Aplikasi CIMB OCTO. Aplikasi baru ini direka untuk menawarkan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan serta pengalaman pengguna yang lebih baik.
Sementara itu Langkah yang sama juga diambil oleh Public Bank yang mengumumkan bahawa aplikasi PB engage MY akan dihentikan menjelang Jun 2025. Public Bank juga menggesa pelanggannya untuk beralih ke Aplikasi MyPB, yang akan menjadi platform perbankan mudah alih utama bank tersebut.
Peralihan oleh kedua-dua bank ini menunjukkan satu trend yang semakin berkembang di kalangan institusi kewangan untuk memodenkan perkhidmatan perbankan digital mereka, dengan penekanan pada keselamatan, fungsi, dan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan.
Sumber: CIMB
#Prezcom