Sime Darby Property Perluas Fokus kepada Projek Pusat Data

Kuala Lumpur, 3/3/2025

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property Bhd (KL:SIMEPROP), Datuk Seri Azmir Merican dalam satu sesi taklimat media secara maya pada hari Isnin lepas memberitahu bahawa Sime Darby Property Bhd sedang mengorak langkah untuk mengambil lebih banyak projek pusat data sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan asas pendapatan berkala syatikat itu.

Azmir juga menegaskan tentang pendirian proaktif syarikat Sime Darby Property didalam pasaran pusat data dan katanya; “Kami aktif dalam sektor ini. Jika keadaan kewangan mengizinkan, kami terbuka untuk memperluaskan portfolio kami dengan lebih banyak projek pusat data sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk membina aliran pendapatan berulang yang kukuh dan mampan,”

Di dalam sesi yang sama, Azmir juga juga menyentuh tentang status dua projek pusat data yang dijalankan sebelum ini yang dijangkan akan memberikan pendapatan selama lebih 20 tahun untuk masa akan datang.

Sime Darby Property kini sedang bekerjasama dengan anak syarikat milik penuh Raiden APAC Pte Ltd, Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd iaitu salah sebuah syarikat Google-affiliated , dalam dua projek pusat data utama dengan jumlah pelaburan sebanyak RM7.6 bilion.

Projek pertama, yang diumumkan pada Mei 2024, melibatkan pembinaan pusat data berskala besar seluas 49 ekar di Elmina Business Park, dengan jangkaan siap pada 2026. Projek kedua, yang diumumkan pada Disember 2024, melibatkan pelaburan RM5.6 bilion untuk sebuah pusat data seluas 77 ekar di tapak yang sama dan dijadualkan siap pada 2027. Kedua-dua projek ini akan disewa kepada Pearl Computing Malaysia di bawah perjanjian sewa selama 20 tahun, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh sewaan selama dua lagi tempoh lima tahun.

Terdahulu sebelum ini Google telah menyatakan komitmen untuk melabur RM8.93 billion (AS$2bilion) bagi mewujudkan pusat data pertama dan wilayah Google Cloud di Malaysia dengan Elmina Business Park milik Sime Darby Property dalam masa yang sama pelaburan Google ni dijangka akan dapat menyumbang sebanyak RM13.27 billion (AS$3.2bilion) serta mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

Dalam keputusan kewangan untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2024 (FY2024), Sime Darby Property mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM502.2 juta, meningkat 23.1% berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan tahunan juga mencapai tahap tertinggi baru iaitu sebanyak RM4.25 bilion, naik 23.7% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi cemerlang ini didorong oleh momentum jualan yang berterusan, peningkatan kemajuan tapak dalam segmen pembangunan hartanah, serta pertumbuhan sumbangan daripada segmen pengurusan pelaburan dan aset (IAM) dan rekreasi.

Sime Darby melepasi sasaran jualan tahun kewangan 2024 (FY2024) dengan pencapaian RM4.1 billion (17.14%) lebih tinggi daripada sasaran awal sebanyak RM3.5 bilion. Bagi tahun kewangan 2025 (FY2025), Sime Darby Property mensasarkan jualan sebanyak RM3.6 bilion, disokong oleh RM4 bilion nilai pelancaran baru, dengan sekitar RM1.7 bilion daripadanya dijangka dilancarkan pada separuh pertama tahun ini.

Azmir berkongsi bahawa projek industri dijangka menyumbang sebanyak 31% kepada jumlah jualan, diikuti dengan kediaman bertanah sebanyak 28%, kediaman bertingkat sebanyak 27%, dan hartanah komersial sebanyak 14%. “Jika sentimen pasaran kekal positif, kami akan menyemak semula sasaran kami mengikut keadaan,” tambahnya.

#Prezcom