
Microsoft mengumumkan perkhidmatan Skype akan ditamatkan sepenuhnya pada 5 Mei 2025 dan ini sekaligus menamatkan era era Skype sebagai salah satu jenama terawal dalam komunikasi berasaskan internet yang telah beroperasi selama lebih dua dekad lamanya. Microsoft memberitahu keputusan ini diambil bagi memberikan tumpuan penuh kepada platform komunikasi utamanya, Microsoft Teams.
Setakat hari ini Microsoft tidak mendedahkan jumlah pengguna yang terkesan dengan keputusannya ini. Statistik terakhir pada tahun 2023 menunjukkan bahawa Skype mempunyai lebih 36 juta pengguna harian. Dalam kenyataan rasmi, Jeff Teper, Presiden Aplikasi Kolaboratif Microsoft 365 menyatakan bahawa pengguna Skype mempunyai tempoh 10 minggu untuk membuat keputusan mengenai akaun mereka sebelum perkhidmatan ini dihentikan sepenuhnya. Alternatif lain selain dari mamuatturun data Skype, Microsoft juga akan memastikan bahawa pengguna boleh memindahkan semua kenalan serta data perbualan mereka ke Microsoft Teams dengan mudah. Microsoft kini menggalakkan pengguna Skype untuk beralih ke Teams Free, yang menawarkan pelbagai kelebihan walaupun beberapa fungsi utama seperti panggilan telefon tidak lagi tersedia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Skype menjadi peneraju dalam komunikasi internet, menawarkan perkhidmatan panggilan suara, video dan pemesejan. Namun, dengan kebangkitan aplikasi pemesejan lain seperti WhatsApp dan Zoom, populariti Skype semakin merosot.
Ketika pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020, penggunaan Skype meningkat mendadak tetapi sejak itu ia kembali mendatar. Dengan pesaing seperti WhatsApp yang kini mempunyai lebih 2 bilion pengguna.
#Prezcom