
Kuala Lumpur, 26 Feb 2025, 6.00 petang
AMAT mengejutkan apabila laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara bagi tahun 2023 memaklumkan bahawa sembilan agensi kerajaan persekutuan menghadapi isu kewangan yang begitu serius dan amat membimbangkan. Apabila masalah ini berlaku, persoalan yang timbul adalah dimana ketelusan dan akauntabiliti kewangan di beberapa agensi di dalam kerajaan ??
Menurut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, ‘modified opinion’ (pendapat terubah) yang dikeluarkan mendapati beberapa penyata kewangan yang tidak mematuhi piawaian perakaunan termasuk Sistem Akauntansi Piawai untuk Agensi Kerajaan juga tidak dapat dipastikan ketepatannya.
Muda Agricultural Development Authority (MADA), di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan merupakan salah satu yang menerima ‘adverse opinion’ (pendapat buruk) selepas audit melaporkan bahawa RM392.95 juta dalam akaunnya tidak dapat disahkan. ‘Adverse opinion’ adalah penyata kewangan mengandungi kesilapan material yang serius.
Terdapat tiga lagi agensi kerajaan yang belum menghantar laporan kewangan untuk diaudit. Manakala lima agensi lagi didapati mempunyai liabiliti melebihi aset. Daripada 145 penyata kewangan yang diaudit, 142 telah disahkan dan 133 agensi lagi telah mendapat pengiktirafan kewangan yang bersih.
#Prezcom