TikTok Sekat 23 Akaun Media Tempatan

Kuala Lumpur, 25/2/2025

TikTok didakwa telah menyekat 23 akaun organisasi media tempatan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI oleh TikTok dikatakan menyebabkan salah faham berhubung kandungan dimuat naik pihak media di platform itu. Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil memberitahu Sujuhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dikatakan sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan.

Terbaru Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil ada membuat hantar di laman Facebook miliknya yang memberitahu sebanyak 10,167 akaun palsu, 24,791 berita palsu, 6,840 kandungan jelik isu 3R disekat dan & 130 kandungan fitnah sudah diturunkan oley penyedia perkhidmatan dengan Kerjasama Sujuhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 2022 sehingga 1 Februari 2025. Menurut Fahmi Tindakan ini adalah bagi memastikan ekosistem dan rangkaian internet selamat dan lestari kepada pengguna.

#PrezCom