Israel Langgar Perjanjian

“Hamas frees 6 hostages, but Israel delays release of Palestinians,” begitulah petikan tajuk dari portal berita ‘South China Morning Post’ menggambarkap satus rundingan damai diantara Hamas dan Israel.

Sebagai sebahagian daripada gencatan senjata, 24 orang tebusan Israel telah dibebaskan dari Gaza dan bagi perkembangan terkini di bawah perjanjian gencatan senjata yang sedang berlangsung antara Israel dan Hamas, kumpulan advokasi Palestinian Prisoners’ Club mengesahkan bahawa Israel telah menanguhkan pembebasan tahanan. Hamas berkata kelewatan pembebasan tahanan Palestin adalah melanggar perjanjian. “Keengganan Israel untuk membebaskan tahanan dalam pertukaran pada tarikh yang dipersetujui adalah pelanggaran perjanjian yang nyata,” kata jurucakap Hamas Abdul Latif al-Qanu. Beliau menggesa pengantara untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa negeri Yahudi untuk melaksanakan perjanjian itu tanpa berlengah-lengah.

Sementara itu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadualkan untuk mengadakan konsultasi pada malam Sabtu berkenaan langkah seterusnya dalam perjanjian gencatan senjata. Dua pegawai Israel mendedahkan bahawa keputusan akan dibuat selepas konsultasi keselamatan mengenai tindakan selanjutnya dalam proses gencatan senjata.

Konflik yang berterusan ini terus memusnahkan wilayah Gaza.

Kredit: South China Morning Post

#Prezcom