Varian Baharu Coronavirus Di Temui oleh Institut Virologi Wuhan

Wuhan, 22/02/2025

Portal berita South China Morning Post semalam melaporkan hasil dapatan penyelidikan para saintis China dalam jurnal Cell mengenai penemuan satu varian virus baharu.

Varian HKU5-CoV-2 adalah strain varian Koronavirus baharu yang berpotensi merebak melalui manusia dengan cara serupa seperti SARS-CoV-2 telah di kesan oleh penyelidik di Institut Virologi Wuhan di China. Pakar Virologi, Shi Zhengli atau lebih dikenali sebagai ‘Batwomen’ berkata virus ini dikatakan berasal dari keluarga ‘merbacovirus’ ditemui hidup dalam kelawar dan ujian mennjukkan HKU5-CoV-2 menyusup ke protein sel manusia dengan cara yang sama seperti SARS-Cov-2 (COVID-19) serta mampu menyebabkan gejala batuk, sesak nafas, deman, muntah, cirit birit serta mengundang maut.

Virus HKU5-CoV pertama kali dikesan dalam kelawar pada tahun 2006 tetapi data baharu menunjukkan potensi jangkitan lebih tinggi untuk jangkitan interspesis’ berbanding yang lain. Sehingga kini tiada vaksin di jumpai dan banyak aspek berkenaan virus ini masih sedang dikaji.

Sementara itu portal berita Bloomberg pula melaporkan “Virus belum lai dilihat pada manusia tetapi stok vaksin sudah meningkat,” dengan Pfizer (PFE.N) telah membuka saham tab baharu dan ditutup naik 1.5% pada Jumaat lepas. Modena (MRNA.O) membuka tab habaru dan meningkat 5.3% serta Novavax (NVAX.O) membuka tab baharu dan meningkat naik 1%.

Sumber: https://www.cell.com/cell/abstract/S0092-8674(25)00144-8
#Prezcom