Kuala Lumpur, 21/2/2025

Jaminan perjalanan yang selamat dari permulaan hingga ke destinasi terakhir adalah hak asas pejalan kaki apatah lagi kepada murid-murid sekolah, semakin tinggi kebarangkalian pengguna mengalami kecederaan, semakin tinggi tahap keutamaan sepatutnya di berikan kepada kategori pengguna tersebut. Namun hal ini tidak berlaku di Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Jalan 2/23E, Taman Danau Kota, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. Laluan pejalan kaki biasanya akan dihalang oleh kenderaan-kenderaan penduduk yang tinggal berhampiran dan keadaan bertambah buruk apabila kawasan pakir bas sekolah juga dihalang dengan kenderaan persendirian yang menyebabkan pemandu-pemandu bas terpaksa menurunkan anak-anak sekolah jauh dari pakir bas dan mengambil risiko membawa mereka ke pintu pagar sekolah.

Kenderaan Pakir di Tempat Pakir Bas Sekolah

Keadaan ini sebenarnya sudah berlarutan bertahun lamanya tetapi malangnya tiada tindakan diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak berwajib.

Terdahulu sebelum ini Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan Kc Mani, ada menasihatkan pemandu-pemandu bas sekolah dan van untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar sehingga mereka masuk ke dalam kawasan sekolah atau kediaman dengan selamat kerana kanak-kanak terutama yang berumur 8 tahun mempunyai limitasi dari segi menilai risiko. Kanak-kanak berusia 8 tahun kebawah ini dikatakan tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan selamat walaupun telah diajar tentang risiko dan keselamatan.

Kewajipan menjaga keselamatan kanak-kanak sekolah ini tidak sepatutnya hanya diletakkan di tangan pemandu-pemandu bas dan van sahaja tetapi pihak-pihak yang terlibat dan bertanggungjawab juga seharusnya memastikan pemandu-pemandu bas dan van ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dengan menyediakan ruang pakir yang bersesuaian dan memastikan pakir bas tidak dihalang dengan kenderaan lain.

Tiada Tindakan Pihak DBKL

#Prezcom