
Kuala Lumpur, 20/2/2025
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur disertai Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengadakan Op Barang Tiruan semalam dan Jalan Petaling (Petaling Street). Seperti biasa kehadiran mereka telah lebih awal dihidu oleh peniaga-peniaga di Jalan Petaling dan hanya beberapa buah kedai sahaja yang dibuka. Kelihatan pembantu peniaga-peniaga yang terdiri dari pendatang asing seperti warga Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Indonesia sudah tidak kelihatan seperti hari-hari biasa.
Nampaknya, Jalan Petaling yang menjadi hab barang tiruan pelbagai jenama nampaknya masih terus kekal kebal.
Pada hari yang sama KPDN KL telah melaksanakan Pemeriksaan Tanda Harga dan Semakan Keperluan Asas di premis sekitar Kuala Lumpur. KPDN menasihatkan pemilik-pemilik premis supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
#Prezcom