Kredit Video: Anthony Loke Siew Fook

Kuala Lumpur, 19/2/2025
Kementerian Pengankutan (MOT) baru-baru ini telah meluluskan tiga (3) syarikat baharu bagi melaksanaan perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) selain PUSPAKOM. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah dipalitkan dengan isu sebagai mempunyai kepentingan terhadap syarikat-syarikat tersebut, Loke walaubagaimanapun menafikan tuduhan ‘memberikan kelulusan kepada syarikat kroni’ dan berkata syarikat-syarikat tersebut telah melalui proses penilaian jawatankuasa teknikal di bawah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ). Loke juga memberitahu, katanya; “Ini bukan kontrak tetapi lesen, siapa-siapa yang lulus kita berikan lesen”. Kenyataan ini telah dimuat naik oleh Loke di Facebook rasminya semalam bagi menjawab tomahan yang dilemparkan kepadanya.

#PrezCom